Hiburan

Akhirnya tuduhan skandal dgn Ziana Zain terjawab, ini reaksi padu Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata tuduhan yang mengaitkan dia mempunyai skandal dengan seorang artis akhirnya terjawab.

Tanpa menyebut nama artis berkenaan, Najib memuat naik artikel jawapan Ziana Zain menjawab gosip yang mengaitkannya dengan “VIP ternama”.

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab.

“Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia (Ziana),” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Hantaran itu disertakan pautan artikel yang melaporkan Ziana menjawab dakwaan dia mempunyai hubungan sulit dengan VIP ternama.

Menurut laporan Astro Awani Ziana membuka mulut menjawab tohmahan berkenaan selepas lebih 20 tahun gosip terbabit berlegar.

Ketika ditemu bual, Ziana berkata dia berdepan dengan gosip berkenaan ketika berada di puncak populariti.

“Bila kita tengah top orang akan cuba menggosipkan kita dengan perkata-perkara yang kita tidak pernah buat,” kata Ziana dalam temu bual berkenaan.

Dalam pada itu, Najib turut membuat naik artikel portal berita propembangkang yang menuduhnya pernah ditangkap khalwat dengan artis berkenaan.

Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP ternama

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon sensasi Ziana Zain akhirnya membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan tahun 1990an.
Pada ketika itu, bintang francais Sembilu dan Maria Mariana (kedua-dua filem arahan Datuk Yusof Haslam) itu pernah digosipkan dengan seorang VIP ternama, namun Ziana jarang sekali mahu bercerita mengenai perkara itu.

Begitulah Ziana yang sinonim dengan sikap profesionalisme dalam kalangan media tempatan dan juga peminat tegarnya.
Baru-baru ini, menerusi satu temu bual eksklusif dalam slot “Stars@AWANI” yang disiarkan di platform media sosial Astro AWANI pada Ahad lalu, Ziana begitu telus menjawab persoalan ini.

Katanya, dia tidak pernah terfikir tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya menjadi satu penghalang untuk komited dengan kariernya dan terus berkarya.

Ziana 3 Dekad

“Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar. Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!” jelas Ziana ketika mengimbau perjalanan karier seninya sempena ulang tahun ke-30 Ziana dalam industri seni.

Setelah lebih 20 tahun, Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mkini, astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *