Amalan

Surat ‘Long Tiger’ bocor, ini reaksi KP Johor, Datuk Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan berlaku kebocoran tentang surat permohonan dari peguam ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 35, untuk berjumpa dengannya, sebagaimana yang didakwa.

Ia susulan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook ‘Long Tiger Fan’ pada Selasa, di mana peguam bela dari Tetuan Hariz Syakinah & Co. telah menyatakan surat daripada pihaknya untuk bertemu dengan Ketua Polis Johor telah tersebar.

“Hasil semakan mendapati, surat yang dikatakan dihantar kepada pihak polis tersebar keluar sebagaimana yang didakwa oleh peguam tersebut di dalam FB Live beliau tidak pernah berlaku.

“Tidak pasti di mana kebocoran tersebut, yang pastinya bukan daripada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Ayob Khan menjelaskan, beliau mengambil maklum berkenaan surat permohonan tersebut, namun disebabkan kes Long Tiger masih dalam perbicaraan di mahkamah, dikhuatiri perkara itu akan mengganggu dan mempengaruhi proses perbicaraan.

Selain itu katanya, atas faktor kekangan masa dan perlu memberi perhatian khusus kepada kes-kes yang lebih serius, maka beliau terpaksa menolak permohonan tersebut.

“Bersabit kes-kes dilaporkan, Polis Johor telah bertindak secara profesional dengan melayan dan menyiasat semua sembilan aduan yang dibuat oleh ‘Long Tiger’ dan isterinya.

“Malah, ada di antara kes tersebut telah dituduh dan dijatuhkan hukuman,” katanya.

Beliau turut mengingatkan, isu yang berkaitan tidak akan berakhir selagi pihak-pihak yang terlibat masih tidak berhenti tuduh menuduh antara satu sama lain dalam media sosial mereka.

Katanya, siasatan yang dijalankan adalah telus dan tiada istilah layanan istimewa kepada mana-mana pihak.

Super Cop Ayob Khan

SEMUANYA bermula dengan satu laporan polis mengenai kes penipuan telefon bimbit tetapi rupa-rupanya, kes yang disangka kecil itu telah membongkar satu jenayah yang sangat serius.

Satu jenayah yang melibatkan jumlah aset dan wang bernilai RM1 bilion dan berjaya ‘menggoda’ 34 anggota penguat kuasa termasuk daripada pasukan Polis Diraja Malaysia untuk bersekongkol dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengumumkan kejayaan pihak polis menahan dua individu berpangkat Datuk Seri termasuk adik kepada Nicky dan enam berpangkat Datuk antara 68 individu yang ditahan kerana terlibat dengan Geng Nicky yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Seramai 118 orang diperiksa dalam 70 serbuan yang dilakukan bagi mengesan dan menangkap ahli Geng Nicky terdiri daripada 42 orang (27 lelaki warga Malaysia, 15 warga China) dan enam wanita (tiga warga Malaysia) ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2010 (SOSMA).

Seramai 12 orang ditahan di bawah Akta Imigresen, lapan orang melibatkan tangkapan narkotik manakala 50 orang dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai.

Dalam serbuan tersebut, anggota polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru.

Pihak polis juga telah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4,053,809.49 dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759 melibatkan 21 individu dan 16 entiti termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia.

Bagaimanapun, disebabkan oleh pengkhianatan yang berlaku dalam PDRM, Nicky nampaknya berjaya meloloskan diri dan kini menjadi buruan pihak berkuasa.

LicikNicky ini nampaknya begitu licik kerana dia didapati sering melakukan aktiviti kebajikan dan memberikan sumbangan kepada masyarakat, malah dia juga kerap dilihat bersama dengan orang kenamaan dan VIP.

Kira-kira empat tahun lalu, Nicky pernah mendapat sorotan daripada media apabila ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur.

Walau apapun, pujian harus diberikan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengetuai operasi untuk menumpaskan dan memburu Geng Nicky kira-kira seminggu lalu.

Kredibiliti dan kebijaksanaan Ayob Khan ini memang telah terbukti, malah ada pihak menganggap beliau sebagai Super Cop dalam pasukan PDRM.

Maka tidak hairanlah, nama beliau kini disebut-sebut sebagai calon utama sebagai Ketua Polis Negara suatu hari nanti.

Namun untuk membolehkan Ayob Khan dilantik ke jawatan tersebut, beliau perlu dinaikkan pangkat dan menjadi seorang daripada pengarah di mana-mana bahagian dalam PDRM.

Ayob Khan bukan sahaja berani dan tidak takut dengan sebarang ancaman, malah tahap integriti beliau pada ketika ini dilihat masih bersih.

Ini merupakan satu ciri-ciri penting yang perlu ada terhadap seseorang anggota polis yang bakal dilantik untuk duduk di kedudukan penting dalam PDRM.

Apatah lagi, baru-baru ini Abdul Hamid ada mendedahkan kewujudan kartel dalam tubuh badan keselamatan tertinggi negara itu.

Lebih mengejutkan, kartel itu turut melibatkan bekas Ketua Polis Negara.

Apa yang didedahkan ini cukup mengejutkan kita semua, bak kata pepatah Melayu ‘harapkan pegar tetapi pegar makan padi’.

Persoalannya, bagaimana kita hendak harapkan PDRM menjadi satu badan yang berintegriti dan disanjung tinggi oleh rakyat.

Penulis berpendapat, hanya dengan memilih seorang ketua yang benar-benar berwibawa sahaja mampu sapu bersih imej buruk PDRM dek pegawai dan anggota yang tiada integriti ini.

Ketuanya mestilah berani bertindak terhadap anak buah yang bersekongkol dengan penjenayah.

Sehubungan itu, kita juga berharap Super Cop dalam PDRM ini bukan hanya Ayob Khan seorang sahaja malah kita mahu lebih ramai lagi macam beliau yang mempunyai integriti yang tinggi

sumber: sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *