Hiburan

“Tak boleh rentas, jangan rentas..” – Netizen tanya Fazura perli siapa tu

Umum sedia maklum, kebenaran rentas negeri masih dilarang sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpuas hati dengan penurunan kes COVID-19.

Namun, syarat tersebut dilonggarkan bagi mereka yang mempunyai urusan kerja atau kes kecemasan selepas meminta kebenaran pihak polis di lokasi masing-masing.

Terbaru, tindakan pelakon popular Fazura yang memberi komen mengenai ‘rentas negeri’ menerusi program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) malam tadi mengundang perhatian warganet di laman Twitter.

Menerusi perkongsian @farhanzulkefly, Fazura yang menjadi salah seorang juri memberikan komen kepada kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC berdasarkan persembahan mereka.

“…sampai seludup mak bapa. Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP) kan. Tak boleh rentas, jangan rentas,” katanya.

Bagaimanapun, ada pula segelintir netizen mempersoalkan adakah itu komen bersifat umum selain mendakwa mungkin terdapat unsur sindiran kepada individu tertentu.

Sekali dia perli kat ‘live show’!

Perli siapa tu ye?

Malah ada juga memuji tindakan Fazura, sebagai ‘public figure’ yang mempunyai pengaruh besar sekali gus dapat menasihati dan mengingatkan penonton mengenai pematuhan terhadap SOP.

Bagus! Kita perlukan lebih lagi macam ni


Program MLS disiarkan secara langsung setiap Jumaat, jam 9 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

Polis perlu ambil keterangan Neelofa, PU Riz

Dalam perkembangan lain,  Keterangan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz akan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan hampir siap dan pihaknya perlu menunggu untuk mengambil keterangan pasangan itu untuk melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan dijangka siap dalam masa terdekat. Kita perlu ambil keterangan pasangan terbabit terlebih dahulu,” katanya di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, polis telah mengambil keterangan pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya, Rozana Mumtaz di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dekat sini.

Mereka dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular dalam media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – UTUSAN ONLINE

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *