Hiburan

Tampil nak bersihkan nama, ini kata2 padu Pelakon iklan jvdi raya kpd netizan

Kuala Lumpur: “Sekarang ini saya nak bersihkan nama dari rakyat Malaysia. Semua bercakap bu.ruk mengenai perkara ini. Mereka cakap berdasarkan apa dilihat, tapi tidak tahu apa berlaku sebaliknya.”

Itu kata pelakon, Saif Yunus susulan penularan video iklan judi raya membabitkan syarikat perjudian dalam talian yang tular sejak 14 April lalu.

Saif, 24, atau nama sebenarnya Saifullah Mohd Yunus ketika dihubungi berkata, dia memaafkan semua orang yang sudah mengec4m dan melemparkan kata-kata kes4t terhadap dirinya.

Malah, Saif yang juga pelakon drama Marry Me Senorita yang ditayangkan di saluran Astro Ria baru-baru ini tidak mahu bersikap tegakkan benang basah kerana menyedari perkara itu adalah satu kesalahan.

“Walaupun saya sudah minta maaf sebelum ini, netizen masih nampak s4lah dan buruk. Tapi, saya tetap mahu bersihkan nama. Saya cuba untuk jelaskan agar semua faham, tapi jika masih ada yang tidak faham, nak buat macam mana. Apa yang penting saya sudah lakukan perkara sepatutnya.

“Dalam masa sama, saya bersyukur sebab dapat lihat yang mengec4m ini sebenarnya mereka menegakkan perkara yang betul iaitu aktiviti perjudian ini adalah salah dan berd0sa di sisi agama Islam.

“Jadi, nak cakap mereka j4hat sebab kec4m saya tidak boleh juga. Malah lebih bersyukur perkara ini terjadi dalam bulan Ramadan. Apa saja kata-kata dan kec4man dari rakyat Malaysia, saya maafkan mereka. Saya tidak akan tegakkan benang basah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Saif, apa yang berlaku adalah pengajaran terbesar dalam dirinya dan menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT.

“Ini pengajaran terbesar dalam hidup saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Apatah lagi ini pengalaman pertama dan menjadi sejarah dalam hidup.

“Setiap orang ada ujian berbeza. Saya terima ujian ini pada umur 24 tahun. Saya berasa bertuah sebab perkara ini menjadi pengajaran awal untuk saya terus maju dalam bidang lakonan. Tidak semua orang mendapat ujian awal macam saya. Jadi, pada masa hadapan saya sudah tahu apa boleh dan tidak,” katanya.

Terdahulu, Saif bersama lima pelakon lain dalam iklan itu sudah dipanggil bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, pada 16 April lalu.

Berikut pula reaksi dari netizan

Asal mana? Mak ayah ada lagi ke? Adik beradik brapa org? Sedara mara ada ke? Dah kahwin belom? Anak bpa org?
Lihat pernyataan di atas, bukan awak srg je yang menanggung dik, silap2 kesemua di atas menanggung malu akibat nk jadi pelakon famous dik. Kalau ibu bapa terasa hati dik Allahu akbar xtau nk ckp pa, ko jdi famous pon hidup akan x berkat. Sebelum mntk maaf kat natizen mntk maaf kat org tua dan ahli keluarga dulu dik.
Biar x famous biar x glamaour
Asal hidup bahagia.. Muhasabah diri sendiri.

Mestilah raykat marah. You ingat Malaysia takde hal agama utk jaga ke?? Maybe you’re ok la, tak kisah. Tapi byk org kisah pasal agama dan tidak mahu perkara buruk dikaitkan dgn ajaran. And on top of that, buat ad Raya. Ade ke patut?? Not logical! Kalau nak bersihkan nama, tolong bersihkan masjid, tolong kat rumah anak yatim & rumah perlindungan haiwan. Hulurkan bantuan dan taubat.

 

Lima pelakon dan seorang ejen pencarian bakat iklan raya yang mempr.omosikan j.udi secara dalam talian dibebaskan pada Sabtu.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilap.orkan men.olak permohonan polis untuk men.ahan reman keenam-enam individu berkenaan atas al.asan bahawa kesemua mereka adalah pelakon bebas dan bukan kakitangan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan video muzik (MV) tersebut.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis berjaya mendapatkan p.erintah r.eman selama empat hari bagi dua s.uspek dalam k.es tersebut bermula Sabtu hingga Rabu depan.

TONTON VIDEO PENJELASAN PELAKON

“Kita tak boleh men.ahan reman pelakon-pelakon itu, mereka hanya pekerja sambilan. Peguam juga memberi jaminan bahawa mereka akan beri kerjasama sekiranya diperlukan.

“Sebenarnya mereka ini hanya dibayar sebanyak RM 180 seorang. Dua individu yang direman adalah kakitangan produksi iaitu pengarah dan jurukamera yang menghasilkan video itu,” katanya.

D.alang iklan kita tengah k.esan, buat masa ini polis sedang jejaki individu bernama LohKee Hoe berusia 35 tahun.

Mereka dis.iasat mengikut s.eksyen 504 K.anun Kes.eksaan S.eksyen 233 A.kta K.omunikasi dan M.ultimedia 1998 serta S.eksyen 4(1)(g) A.kta Rumah J.udi Terbuka 1953.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *