Hiburan

Tony Eusoff Menangis Bila Pelakon Baru Minta Tolong Tunjuk Ajar Berlakon

ISU masalah disiplin pelakon baharu di set penggambaran terus mendapat perhatian penggiat seni senior apabila lebih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.Terbaharu pelakon Datuk Fizz Fairuz tampil menyatakan rasa kecewa dengan sikap pendatang baharu yang dilihat seolah-olah tidak serius untuk menceburi bidang lakonan.

“Benda ini dah lama bro Rusdi Ramli, cakap pun tak guna… tak sama yang dulu, berapa ramai dah bersuara, sama jer.

“Tiada kesan apa-apa pun untuk BBNU ni… sebab bajet bagus, ada pengurus, ada pembantu peribadi.

“Disiplin tiada, skrip tak hafal… tapi itulah hakikatnya,” kata Fizz di Instagram.

Menerusi posting berkenaan, Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 42, berkongsi paparan skrin tajuk laporan mStar berhubung kenyataan Rusdi Ramli membabitkan sikap pelakon baharu.

Menerusi laporan berkenaan, Rusdi menyatakan keluhannya tentang sikap pelakon baharu yang enggan bertanya selain gemar menghabiskan masa dengan menghadap telefon masing-masing di set penggambaran.

Disiplin tiada, skrip tak hafal… tapi itulah hakikatnya.

Selain itu Fizz juga menyatakan kekesalannya dengan sikap pelakon generasi baharu yang dilihat tidak menghormati artis senior.

“Hormat tiada dan boleh tanya siapa tu, tak kenal… hahahahahha.

“Zaman followers bro, kena terima hakikat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menerusi ruang komen di Instagram Fizz, Rita Rudaini turut bersetuju dengan menyifatkan pelakon baharu suka berlagak hebat.

“Kalau cakap banyak nanti kena banned, kalau tak cakap kita dekat set dah nak bipolar.

“Bajet hebat, dekat TV nampak tiada cacat cela sebab pengarah dah cover dengan editing dan shot-shot pelakon veteran yang tua macam kita ni,” kata Rita.

Selain Rita, rakan selebriti senior seperti Azza Elite, Zalif Sidek dan Balkisyh Semundur Khan dilihat turut bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh suami kepada Datin Almy Nadia itu.

Berbeza dengan pelakon seangkatan dengannya yang tidak berpuas hati dengan barisan pelakon baru (Instafamous), aktor berbakat besar Tony Eusoff mempunyai cerita sebaliknya.

Di Twitter, Tony, 44, menceritakan yang dia dihampiri pelakon baru dengan soalan bagaimana mendapatkan mood untuk adegan sedih, tetapi jawapan yang diberikan sangat mencuit hati.

Foto : Twitter

Berikutan itu, ramai netizen berasa terharu dengan ayat-ayat tersebut lalu mengambil keputusan untuk mengikuti Instagram pelakon yang sering memegang watak P.Ramlee ini.

Foto : Twitter

Melihat interaksi Tony yang lebih santai bersama netizen membuatkan jumlah pengikutnya di Instagram turut bertambah.

Jadi, terbuktilah bahawa bakat semata-mata tidak lagi relevan dalam dunia hiburan saat ini. Ianya perlu diiringi dengan populariti dan sikap yang disenangi masyarakat. Dan Tony Eusoff antara yang keluar dari zon selesa

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *