Hiburan

“Upah lebih mahal”. Lagi 4 pelakon MV judi raya dicekup, ini jumlah bayaran mereka terima

EMPAT individu termasuk seorang wanita dipercayai pelakon dalam video kedua iklan raya yang mempromosikan kegiatan judi ditahan polis pada petang Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesemua pelakon telah ditahan dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Empat individu termasuk seorang wanita berumur antara 24 hingga 32 tahun kini direman selama dua hari bermula Ahad sehingga Isnin.

“Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian, ” katanya kepada mStar.

Tambah Mohamad Zainal, berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek yang tidak diwakili peguam itu menerima bayaran lebih RM20 daripada pelakon video pertama.

“Mahal sikit daripada video pertama, RM200 seorang.

“Difahamkan penggambaran video kedua ini diadakan di sekitar Ampang, Semenyih dan Hulu Langat pada Mac lalu,” katanya lagi.

Untuk rekod sebelum ini Mohamad Zainal memberitahu lima pelakon MV judi raya pertama hanya menerima bayaran RM180 seorang.

Sejak Khamis sudah dua video iklan dengan tema sambutan Hari Raya tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan masyarakat.

Selain menggunakan pelakon Muslim, promosi secara meluas ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan turut dianggap tidak sensitif dan berniat jahat.

Selain menahan para pelakon yang terlibat bagi membantu siasatan, polis kini sedang giat mengesan lelaki dipercayai menjadi dalang utama pembikinan dua video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian itu.

Lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Loh Kee Hoe beralamat di Kuala Lumpur.

Pada petang Sabtu, lima pelakon dan seorang ejen pencarian bakat video iklan raya pertama yang mempromosikan judi secara dalam talian dibebaskan.

Walaupun terdesak, janganlah hin.a agama sendiri – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai berhati-hati dan tidak terjerumus sehingga menjadi alat sindiket judi.

Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun keadaan ekonomi mendesak tetapi carilah sumber pendapatan yang tidak salah di sisi agama dan menyalahi undang-undang.

“Jangan diupah untuk menggadai maruah bangsa dan menghina agama sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa pelakon-pelakon video judi online menerima bayaran RM180 setiap orang untuk berlakon dalam iklan tersebut yang berdurasi dua minit itu.

Malah, salah seorang daripada pelakon itu mendakwa mereka dalam keadaan terdesak kerana pendapatan sebagai pelakon bebas terjejas teruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *