Uncategorized

Ustaz Abu Syafiq Pesan Pada Neelofa Suruh Jauhi Kumpulan Aj4ran Sesat

Seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq ada membuat satu kenyataan buat selebriti, Neelofa menerusi Instagramnya.

Dalam posting tersebut, ustaz itu memberikan satu nasihat ikhlas buat Neelofa agar tidak mendekati kumpulan ajaran sesat.

Wahai Neelofa.

Jauhi kumpulan ajaran sesat Al-Madkhali. Ajaran ini bahaya mengajar 3 T.

Takfiri, Tabdi’ dan Tashbih. Ini nasihat saya. Ikhlas kerana Allah.”

Katanya, kumpulan ajaran ini bahaya kerana mengajar 3 T iaitu Takfiri, Tabdi’ dan Tashbih. Katanya nasihat yang diberikan ini ikhlas kerana Allah.

Terdahulu nama Ustaz Abu Syafiq sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dirinya dikaitkan dengan Ustaz Ebit Lew.

Ia berikutan dengan isu tindakan Ustaz Ebit Lew yang aktif memberikan sumbangan dan kongsikan di media sosial. Namanya jadi perhatian kerana dikatakan ada memuatnaik status berbaur sindiran yang dikatakan ditujukan buat Ebit.

Namun begitu, mStar Online melaporkan bahawa teguran dalam menjaga aib ketika memberi sumbangan itu tidak ditujukan khas buat pendakwah terkenal itu.

Ustaz Abu Syafiq terima mesej dari Neelofa di laman Instagram

Terdahulu PENCERAMAH bebas, Ustaz Abu Syafiq mendedahkan tidak menyangka menerima mesej di laman Instagram (IG) yang dihantar selebriti popular Neelofa yang didakwa ingin memfitn4hnya.

Menurutnya, beliau tidak membalas hantaran tersebut pada awalnya disebabkan terlampau sedih membaca isi kandungan mesej yang diterima itu

“Tak sangka Neelofa seorang artis yang baik menulis macam tu pasal saya. Lebih sedih hati saya kerana dia paparkan kepada umum.

“Saya hanya balas tulisan beliau terhadap diri saya tersebut dengan mendoakan kebaikan buat dirinya di akhirat dan dunia serta nasihat,” katanya dalam satu hantaran, hari ini.

Abu Syafiq berkata, selepas pelakon dan pengacara itu memfitnahnya dalam mesej tersebut, beliau membalas dengan ungkapan Arab.

“Kama Tadiinu Tudaan (apa yang dilakukan akan berbalik semula),” ujarnya.

Menurut Abu Syafiq, beliau tidak pernah mengikuti IG Neelofa sebelum selebriti itu memaparkan berkaitan dirinya. Berikut tulisan dan rakaman video dari Abu Syafiq

MESEJ NEELOFA MENGG0RES HATI SAYA

“Dia ada send mesej pada saya melalui Instagram. Saya sedih jek baca beberapa hantaran beliau tentang saya. Saya tak balas sebab ketika itu saya amat sedih.

Tak sangka Neelofa seorang artis yang baik menulis macam tu pasal saya.
Lebih sedih hati saya kerana dia ‘publish’kan kepada umum.

“Saya hanya balas tulisan beliau terhadap diri saya tersebut dengan mendoakan kebaikan buat dirinya di akhirat dan dunia serta nasihat.

“Antara yang akhir saya balas setelah beliau memfitnah saya adalah maksud dari ungkapan pepatah Arab:

“Kama Tadiinu Tudaan”.

Apa maksudnya yerk?

Tanyalah para ustaz. Mereka pasti akan tolong terjemahkan dan syarahkan.

Saya tak pernah follow IG beliau pun dan sebelum dia mesej dan ‘publish’kan pasal saya, saya tak tahu pun dia ada IG kerana saya jarang ikut semua artis kecuali selepas dia mesej saya baru saya perasan. Dah lama baru saya balas.

Jika tak percaya hal ini tanyalah Neelofa sendiri. Cuma saya nak ingatkan dia sekali lagi kata-kata ini:

“Kama Tadiinu Tudaan”.

– Ustaz Abu Syafiq

Berikut video luahan Abu Syafiq

Sumber:Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *