Hiburan

Ustazah Asma’ Sebak Wanita Ni Sanggup Infaq Gelang Emas Kesayangan

Menerusi perkongsian penceramah bebas terkenal Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook, menceritakan satu kisah yang berjaya membuatkan netizen berasa sebak dan terharu dengan pengorbanan seorang wanita ini.

Kisahnya bermula, apabila Ustazah Asma’ dikunjungi oleh seorang ibu tunggal kehilangan suami akibat mening.gal dunia, yang datang berjumpa dengannya semalam.

Air mata 1 Ramadan

Foto: Ustazah Asma’ Harun

Menerusi posting tersebut, ustazah menjelaskan sepanjang sesi perjumpaan tersebut wanita ini menangis berikutan menanggung segala beban seorang diri selama ini. Namun, apa yang mengejutkan apabila wanita ini secara tiba-tiba membuka seutas gelang yang dipakainya dan terus menyerahkan kepada ustazah. Ujar wanita itu, dia sudah betul-betul nekad dan mahu menginfaqkan gelang emas tersebut.

Seorang wanita yang sangat kuat dan hebat, Ibu tunggal, suaminya pergi menghadap Ilahi ketika usia 30an. Masih muda, terlalu awal meninggalkan dia & anak² yang masih kecil.

Ustazah, ini gelang kesayangan, saya tiada simpanan duit cash, gelang ini biasa saya akan pajak gadai bila memerlukan duit untuk biaya anak belajar dan apa-apa keperluan.

Pada mulanya, Ustazah Asma’ keberatan untuk menerima gelang tersebut dan menjelaskan pihaknya menerima sebarang bentuk sumbangan walaupun kecil. Bahkan, ustazah turut menjelaskan gelang tersebut sangat mahal harganya dan mencecah RM6,000.

Bertambah berat saya nak terima, gelang ni sangat besar jumlahnya, inikan untuk backup akak dan anak-anak (berat 28.1 – nilai hampir 6k).

‘Hatinya yang luar biasa’

Foto: Ustazah Asma’ Harun

Kejadian yang terjadi secara tidak langsung berjaya membuatkan Ustazah Asma’ berasa sebak dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh wanita ‘cekal’ ini.

Sungguh ketika ni saya dah mengalirkan air mata, sebab saya tahu kisahnya, bagaimana struggle beliau untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang baik buat anak-anak. Saya menangis bukan kerana terharu dapat infaq gelang, tapi pada hatinya yang luar biasa. Memberi bukan kerana ada, tapi kerana cinta.

Tidak berakhir di situ, kata-kata yang dilemparkan oleh wanita ini turut berjaya membuatkan ustazah terkesima dan ‘kagum’ dengannya.

Ustazah, tolonglah ambik, bukan gelang ni yang mencukupkan keperluan saya dan anak-anak, tapi Allah, bukankah Allah suka kita beri apa yang kita sayang, saya yakin Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik, cukuplah Allah jaga anak-anak saya.. 1 Ramadhan jadi saksi, moga Allah terima pemberian saya ni.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bakhil, kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 268)

Ayat ini memberi gambaran jelas mengenai peranan dan kegiatan sy4itan. Makhluk ini men4kutkan manusia dengan kepapaan dan kemiskinan terutama apabila memilih harta yang terbaik dan bermutu untuk diinfakkan.

Sy4itan ialah makhluk Allah SWT yang kita tidak mengetahui adanya ia melalui pancaindera kita, tetapi melalui al-Quran dan sunah. Kita diberitahu bahawa sy4itan adalah makhluk yang derh4ka kepada Allah SWT. Al-Quran dan sunah juga memberitahu kita bahawa sy4itan musuh manusia. Pertarungan dengan sy4itan adalah sengit dan berterusan sehingga ki4mat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *