Hiburan

Wanita ini pakai sandal masuk butik, siap beli beg tangan ribu-ribu. Cara dia bayar tarik perhatian ramai

SIAPA yang tidak mahu memiliki barang berjenama dan mewah?

Seperti wanita ini, keinginannya untuk memiliki barangan berjenama mewah yang pertama tercapai selepas mengunjungi sebuah butik Gucci, baru-baru ini.

Gelagatnya menjadi perhatian apabila mengira kepingan wang kertas RM20 yang tersusun memenuhi atas rak kaca bagi membuat pembayaran untuk beg tangan jenama itu.

Pembeli berkenaan, Siti Mariam Jalaludin mengakui ia merupakan barangan jenama mewah pertama dibelinya sambil menambah dia menggunakan hasil simpanannya.

Wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia membuat tabung dengan menyimpan wang kertas RM20 selama lapan bulan sejak Ogos tahun lalu sehingga Mac tahun ini.

“Saya berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sekeping wang kertas RM20 untuk disimpan sekiranya saya keluar untuk berbelanja.

“Jika tak terima duit baki RM20, saya cuba untuk tukar di kaunter bayaran. Prinsip saya mudah, kalau ada duit keluar untuk berbelanja, pastikan ada juga duit yang masuk untuk simpanan,” katanya kepada mStar.

Lebih dikenali sebagai Mieya, katanya, simpanan tersebut pada asalnya bertujuan untuk memiliki sepasang kasut jenama sukan terkenal yang diimport dan edisi terhad.

Namun, hasrat itu terpaksa dilupakan berikutan penjual semula (reseller) didapati menaikkan harga hingga mencecah kadar di luar kemampuannya.

“Kasut import edisi terhad tu semakin mahal sehingga RM6,000 sedangkan simpanan saya dalam tabung cuma hampir RM5,000. Mahal sangat, saya tak mampu,” ujarnya.

Menurut anak kelahiran Kuala Selangor, Selangor itu, dia kemudian beralih kepada keinginannya selama ini yang mahu memiliki barangan jenama mewah.

Tabung simpanan wang kertas RM20.Pekerja butik mengira wang RM20 milik Mieya.

Mieya yang merupakan peniaga dalam talian itu bersama rakan mengunjungi butik yang terletak di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

“Saya buat semakan harga barang-barang di beberapa laman web terlebih dahulu. Saya mahu pastikan simpanan cukup untuk beli barang yang diidamkan.

Saya sebenarnya tak suka show off. Tapi saya mahu buktikan kepada orang lain bahawa saya juga boleh memilikinya dengan cara berdikari menggunakan simpanan
SITI MARIAM JALALUDIN
“Sebelum ini, saya tak pernah masuk mana-mana butik jenama mewah sebab kalau tak mampu, saya takkan masuk. Memang kena menabung sebab kalau guna duit hasil bisnes rasa membazir.

“Saya sendiri seorang peniaga dan reseller, jadi saya tahu macam mana perasaannya kalau orang datang kedai tanya macam-macam tapi tak beli pun,” katanya.

Mieya hanya berpakaian ringkas ketika berkunjung ke butik mewah.

Mieya berkata, dia bersyukur kerana dilayan oleh pekerja yang peramah meskipun berpakaian ringkas dan sederhana ketika membeli beg tangan berharga lebih RM4,000.

“Saya tanya pekerja tu, okay ke bayar guna duit semua wang kertas RM20. Dia kata tak ada masalah sebab wang kertas RM20 pun duit juga. Mujur pekerja di butik itu baik dan tak pandang rendah pada pelanggan seperti saya.

“Saya sebenarnya tak suka show off. Tapi saya mahu buktikan kepada orang lain bahawa saya juga boleh memiliki barang jenama mewah dengan cara berdikari menggunakan wang simpanan,” katanya.

Mieya bergaya bersama dengan beg tangan jenama Gucci.

Berkongsi pengalaman, dia berasa lebih yakin untuk meninjau beberapa butik jenama mewah lain di pusat beli-belah sama selepas membeli beg tangan tersebut.

“Bila bawa paper bag Gucci memang saya rasa lebih yakin masuk ke butik lain. Saya nampak satu beg tangan cantik di satu butik tu, harganya kira-kira RM16,000.

“Agaknya berapa lama kalau nak beli beg tangan tu dengan menabung wang kertas RM20? Mungkin dua tahun hingga tiga tahun,” ujarnya secara berseloroh.

Ini Cara Menabung Paling Sempoi Untuk Simpan RM780 Dalam Setahun. Tak Payah Penin.g Kepala!

Bila bercakap tentang kewangan, ramai orang selalu mengeluh, terutama bila menyentuh bab simpanan

Ini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi orang ramai. Kadang-kadang duit yang dibelanjakan itu terasa seperti air yang mengalir; laju, deras, dan tiada halangan. Duit boleh ‘lesap’ dalam sekelip mata.

Lebih malang lagi, perkara yang sama tidak terjadi pula sebaliknya. Kami pasti kebanyakan warga marhaen turut mengalami perkara yang sama seperti ini.

Kesimpulannya, susah sangat nak simpan duit.

Jadi, macam mana nak simpan duit dengan mudah, tanpa perlukan sebarang ilmu pengurusan kewangan yang tinggi?

Ada banyak cara sebenarnya. Salah satunya ialah teknik paling sempoi ini yang dikongsi oleh saudara Hafizul Hakim.

Bagi sesiapa yang selama ini mempunyai masalah untuk menyimpan, teknik ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda mula menabung. Senang sangat nak ikut!

Baca perkongsian penuh di bawah:

“Cuba bayangkan, apa korang dapat beli dengan RM780?”

Mesti banyak benda dapat dibeli. Melancong boleh, nak beli jersi Juventus original pun ok malah nak bawak anak isteri check in di resort mewah pun lepas.

Kalau saya, dana sebegini lebih kepada reward pada family. Bawak pergi makan sedap dan sebagainya.

Masa mula menyimpan kat mana-mana sekalipun, memang nampak sikit dan tak berbaloi. Apabila sampai penghujung, baru ia nampak sangat besar.

Contoh salah satu tabung yang kita boleh buat ialah Tabung Bajet. Tak payah berpasangan, sendiri pun boleh buat. Cuma sediakan balang kosong je!

Bermula dari Januari dengan RM10 kemudian penambahan RM20 pada Februari dan seterusnya.

Januari: RM10

Februari: RM20

Mac: RM30

April: RM40

Mei: RM50

Jun: RM60

Julai: RM70

Ogos: RM80

September: RM90

Oktober: RM100

November: RM110

Disember: RM120

Korang tahu tak, berapa jumlah total setahun ini bersamaan RM780! Banyak benda dapat dibeli dan dibuat dengan amaun jumlah ni kan.

Haa sekarang dah bulan Ogos, sepatutnya ada RM360 dalam balang tu!

Cuba korang bayangkan 10 tahun konsisten, dah ada RM7,780! Dapat pergi umrah dah.

Hafizul Hakim
Menyimpan itu mudah, kita yang buat susah!

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *