Amalan

Nafi di tah4an, Yusuf Azmi mula bagitahu apa yg berlaku selepas kes tamp4r warga asing

KUALA LUMPUR – Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia (Semboyan Malaysia), Yusuf Azmi memohon maaf kepada seluruh rakyat negara ini atas kejadian yang tular kelmarin.

Beliau bersama empat aktivis NGO berkenaan termasuk seorang bernama Abang Ali dipanggil polis untuk siasatan, selepas beberapa jam kejadian seorang warga asing dipukul kumpulan itu di depan sebuah premis di Cheras, di sini.

Katanya, beliau dan rakan berterima kasih kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kerana menyiasat secara telus kejadian itu, termasuk pihaknya yang memberi kerjasama penuh bagi melancarkan siasatan.

“Saya akui kesilapan diri sendiri, tak dapat kawal kemarahan ketika itu dan saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepadanya dan NGO Semboyan Malaysia.

“Saya bersyukur juga, selepas kejadian itu polis berjaya menangkap seorang scammer yang mengutip duit daripada orang ramai dengan cara menipu dan menggunakan nama Semboyan Malaysia.

“Yang membangkitkan kemarahan saya dan rakan, bukan sahaja scammer itu menipu orang ramai, dia juga memfitnah pemilik premis percetakan yang tidak ada kena mengena dengan kegiatan jahatnya,” katanya pada sidang media di satu lokasi di sini, awal pagi semalam.

Sebelum ini, media melaporkan, Yusuf bersama lima individu telah ditahan polis berhubung kejadian seorang warga asing dipukul di sebuah premis di Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, semua enam individu itu ditahan susulan penularan satu video berdurasi satu minit 21 saat sejak semalam.

Katanya, semua individu yang ditahan berusia 24 hingga 54 tahun, namun seorang daripada lima suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut Yusuf, beliau dan lima rakannya termasuk Abang Ali pergi ke balai polis itu sekitar jam 1 hingga 2 pagi untuk memberi keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 21 jam selepas itu.

“Kita memberi keterangan penuh dalam 21 jam dan yang diuar-uarkan di luar sana kononnya kami ditangkap, tidak benar.

“Kita serahkan kepada polis selepas selesai siasatan ini dan bersedia sekiranya ada pendakwaan di mahkamah.

“Moral kepada kejadian ini, kita telah berjaya mematahkan kegiatan scammer menjual baju cetak rompak atas nama Semboyan Malaysia dan membersihkan nama NGO kami dari dituduh mengutip wang secara tidak betul,” katanya.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan persepsi buruk masyarakat terhadap dirinya dan NGO berkenaan berikutan video yang telah tular itu.

Namun, jelasnya, apa yang berlaku adalah berkaitan dengan usahanya membanteras sindiket penipuan yang menggunakan nama NGO itu untuk mengaut keuntungan.

Terdahulu media melaporkan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi serta seorang individu dikenali sebagai Abang Ali antara enam individu yang ditahan polis berhubung kejadian seorang warga asing dipukul di sebuah premis di Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, semua enam individu itu ditahan susulan penularan satu video berdurasi satu minit 21 saat sejak semalam.

“Semua individu yang ditahan berusia 24 hingga 54 tahun. Bagaimanapun, seorang daripada lima suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Tindakan itu diambil selepas siasatan dilakukan mendapati suspek adalah pemilik premis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, lima lagi suspek yang masih dalam tahanan dibawa ke Mahkamah Kajang bagi permohonan reman, hari ini.

“Mahkamah membenarkan kelima-lima suspek berkenaan direman selama satu hari.

“Siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *