Uncategorized

ANGGOTA SINGGAH SOLAT JEMAAH DI MASJID TAPI APA YG TERJADI SELEPAS ITU BUAT JEMAAH MENYESAL

Taiping: Tumpang solat berjemaah sebelum ambil tindakan. Demikian tindakan anggota polis daerah Taiping yang turut solat berjemaah di masjid di sini sebelum mengambil tindakan dan mengeluarkan kompaun kepada jemaah yang ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam operasi kira-kira 8 malam, semalam pihaknya mengeluarkan dua kompaun masing-masing berjumlah RM1,500 kepada dua jemaah di Masjid Tengku Menteri, Matang dan Masjid Ar Rahmaniah, Kampung Matang Gelugor, di sini.

GAMBAR tular menunjukkan anggota polis solat berjemaah di masjid di Taiping sebelum memulakan operasi dan mengambil tindakan pada jemaah yang ingkar SOP.

Menurutnya, kompaun itu dikeluarkan pihaknya berikutan kedua-dua jemaah masjid berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika solat dan ketika berada didalam kawasan masjid.

“Dalam operasi yang dijalankan Pejabat Agama Daerah Taiping dan disertai sepasukan anggota polis di Masjid Tengku Menteri, seramai 27 jemaah sedang menunaikan solat Magrib dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang dari jemaah itu tidak memakai pelitup muka.

“Hasil temubual lelaki itu mengaku secara lisan sengaja tidak memakai pelitup muka manakala pemeriksaan di Masjid Ar Rahmaniah pula mendapati seorang lelaki didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada didalam masjid berkenaan.

“Susulan itu kedua-duanya yang berusia 74 dan 57 tahun dikompaun masing-masing berjumlah RM 1,500 di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (P.U.(A) 225/2021),” katanya dihubungi.

Berhubung gambar tular beberapa anggota polis sedang solat di barisan belakang jemaah di sebuah masjid, Osman berkata gambar itu adalah benar dan pihaknya melaksanakan perkara wajib terlebih dahulu sebelum melakukan operasi dan mengambil tindakan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *