Amalan

BMW didakwa cuba remp.uh anggota Rela buat ramai pan4as hati

SHAH ALAM – Niat murni seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning di sini dibalas t.indakan tidak sewajarnya apabila dikatakan dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW.

I.nsiden yang dipercayai berlaku pada 5.20 petang semalam itu tular di laman sosial menerusi video berdurasi 32 saat.

Berdasarkan video disediakan di akhir artikel anggota Rela itu men.ahan kereta BMW itu susulan laluan dikatakan dijadikan sehala pada waktu kemuncak bagi menjaga kese.lamatan pelajar yang pulang ke sekolah.

Malah kedengaran dua suara kanak-kanak di dalam video itu yang menyatakan
“Dia (pemandu kereta) terlang.gar kaki orang itu (anggota rela) dan oh my g.oodness (Oh Tuhanku),” jelasnya.

Beberapa pengguna laman sosial Facebook meny.elar t.indakan tersebut yang disifatkan keterl.aluan.

“Harap pemandu itu dikenakan t.indakan dan minta maaf kepada uncle (anggota rela),” jelas pengguna dengan nama Mona Mohd. Dan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima l.aporan daripada anggota rela tersebut semalam.

BMW masuk jalan sehala

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membuat laporan polis ke atas seorang pemandu kereta jenis BMW yang didakwa cuba melanggarnya di hadapan sebuah sekolah.

Berdasarkan laporan, pengadu S Janagan berkata, kejadian itu berlaku ketika dia yang menjalankan tugas sebagai warden lalulintas sedang mengawasi trafik di Jalan Anggerik Doritis 31/143 berdekatan SMK Kota Kemuning di Shah Alam, sekitar jam 5.20 petang semalam.

Menurutnya, pengetua sekolah dan Majlis Persatuan Penduduk (MPP) menjadikan laluan itu jalan sehala pada waktu kemuncak bagi menjamin keselamatan pelajar.

“Tiba-tiba sebuah kereta jenis BMW warna gelap telah memasuki laluan bertentangan dan saya telah menghalang kereta tersebut daripada memasuki laluan jalan sehala (itu) tetapi pemandu kenderaan telah melanggar saya beberapa kali.

“Saya arahkan pemandu itu berpatah balik tapi dia masih berdegil,” katanya.

Menerusi laporan polis yang difailkan di Shah Alam pagi ini, Janagan berkata, pemandu kereta berkenaan telah menghalang pegawai awam untuk menjalankan tugas.

Kejadian itu turut dirakamkan dan memaparkan seorang lelaki beruniform Rela, berdiri di hadapan sebuah kereta.

Kereta itu kemudian mengundur perlahan-lahan sebelum bergerak ke hadapan semula sehingga memaksa warden itu beralih ke tepi

Rata-rata netizan mng3cam perilaku tidak bertanggunjawab pemandu BMW tersebut

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *