Uncategorized

Cari jodoh Azal, Ini Tawaran Zarina Zainuddin Kepada Bakal Menantu

Pelakon Zarina Zainudddin tidak menolak untuk membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin dengan menjaga, mengurus dan membahagiakan anak kembar isitmewanya, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal Azra.

Zarina, 51, berkata, dia berhasrat untuk berbuat demikian selepas adik kembar kepada Muhammad Razil Azrai atau Azil yang juga autisme itu pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau ada orang boleh jaga dan bahagian dia, saya sanggup bagi duit dan gajikan setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?

“Dia memang nak kahwin dan pernah cakap perkara itu. Sebelum ini ada seorang gadis Indonesia dan cantik orangnya. Tapi sebab budak itu pakai tudung dia tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru kena pakai tudung.

“Tapi saya jelaskan pada dia kenapa kena pakai tudung. Dia cakap nanti sudah tua barulah pakai. Dia bandingkan pula dengan saya.

“Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” katanya.

Menurutnya lagi, Azal tergolong dalam mild autisme berbanding abangnya yang memerlukan pengambilan ubat.

“Azal ini kategori mild autisme. Jadi, boleh buat sama saja macam orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.

“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun. Sebab dia pun nak ada kehidupan dan beli apa dia mahukan.

“Macam Azal sudah ada gaji dan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) sendiri. Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya lagi.

“Azal Pun Tahu Pasal SOP” – Anak Zarina Zainuddin Dedah Artis Yang Langgar SOP Semasa Majlis Perkahwinan Neelofa

Beberapa minggu lepas memang kecoh di media sosial dengan isu perkahwinan pelakon dan pengacara, Noor Neelofa dan Haris Ismail yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, pendedahan oleh anak pelakon Zarina Zainuddin ini mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran di Instagram milik Azal, atau nama sebenarnya Muhammad Razal Azrai, 25 tahun, dia membuat pendedahan berani dengan menulis keterangan serta menanda (tag) nama selebriti-selebriti yang dikatakan telah melanggar SOP. Dalam keterangan itu disertakan gambar-gambar artis tersebut sebagai bukti.

“Ini adalah artis Malaysia yang menjadi suspek dan hadir ke majlis perkahwinan Neelofa antaranya Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial dan fizikal serta melanggar SOP!” tulisnya.
Hantaran Azal yang juga merupakan anak Austisme itu turut mendapat komen daripada ibunya  yang menegur dalam nada gurauan. Komen tersebut turut mencuri tumpuan pengikutnya di platform media sosial itu.

“Aduh! Dia jadi polis pulak! Dah tak ada kerja lain ke menyibuk hal orang? Azal jadi wartawanlah, dapat gaji,” tulisnya.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Azal yang berani bersuara mengenai perkara itu. Hantaran Azal itu mendapat lebih 7,000 tanda ‘like’ dan 400 komen. Apa-apa pun, ramai yang menyatakan Azal merupakan anak yang baik dan dia hanya berkata jujur dalam hantaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *