Hiburan

Siti Nurhaliza Dedah Mcm Mana Ustaz Azhar Boleh Ada Dalam Majlis Tahnik Anak

NAMPAKNYA penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berterusan menjadi sasaran netizen kerana didakwa g4gal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penul4ran C0vid-19.

Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian j4ngkitan C0vid-19 masih lagi mencatatkan empat angka.

Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut.

“PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini… macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignorance (tidak peka) dengan isu semasa.

“Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?” tulis netizen.

Sebelum ini, netizen turut mempertikaikan isu SOP di hospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K.

Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.

Ustaz Azhar Idrus tak rentas negeri untuk tahnik anak Siti Nurhaliza, kebetulan ada di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan wujud pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pada majlis tahnik anak keduanya yang diakan pada 26 April lalu.

Siti berkata, dakwaan mengatakan seorang pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus merentas negeri bagi menghadiri majlis itu adalah tidak benar.

“Berhubung isu yang sedang tular ketika ini, saya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selaku tuan rumah ingin memberi pencerahan mengenai majlis tahnik anak lelaki kami, Muhammad Afwa yang didakwa tidak mengikut SOP termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri.

“Dakwaan ini ditimbulkan apabila kami mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu. Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB sseperti yang tertakluk pada tempoh itu.


“Majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ketujuh mengikut sunnah Rasulullah,” katanya.

Siti turut menjelaskan, kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bukanlah untuk majlis khas seperti didakwa.

“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka. Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin.

“Penjelasan ini bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu,” katanya.

Dalam masa sama, Siti memohon maaf jika majlis diadakan itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

“Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik,” katanya.

Kredit:HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *