Hiburan

Fauziah Nawi Protes, Tak Nak Sambung Shoot, Tya Ariffin mohon maaf

Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga seorang pelakon kelahiran Indonesia, Tya Ariffin tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antaranya dan pelakon senior, Fauziah Nawi.

Jelas Tya, apa yang terjadi antara dia dan Fauziah sebenarnya berpunca daripada salah faham hingga isu terbabit tular di media sosial.

“Belakangan ini Tya ada terima beberapa DM, komen yang tak berkesesuaian. Sebelum itu Tya nak minta maaf di atas apa yang berlaku.

“Tya patut jelaskan juga, supaya tak menjadi kesalahpahaman yang besar dan disalah artikan.

“Apa yang terjadi sebenarnya, hanyalah salah faham daripada pihak Tya dan Ibu,” jelasnya.

Terdahulu, tular sepotong rakaman video Fauziah yang enggan melakonkan babaknya di set penggambaran sebuah rumah kampung.

Bagaimanapun, Tya yang berpakaian sekolah kemudiannya segera mendapatkan Fauziah untuk memujuk dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

“Tya nak jelaskan persoalan ini karna kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak saja.
“Staff Tya, menghubungi pihak Ibu untuk memberi tawaran berlakon, pihak Ibu menerima tawaran dan bersetuju dengan harga yang Team tawarkan pada awalnya.

“Tapi bila sampai di lokasi shooting, Tya diberitahu staff, ibu mengira ini merupakan projek dari pelajar universiti.

“Namun lepas diberitahu dilokasi tentang campaign shooting Mutyara, dan tahu tentang Tya, ibu mula persoalkan isu bayaran,” kongsinya.

Selepas perbincangan bersama, kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk meneruskan penggambaran dengan nilai bayaran yang dipersetujui mereka.

“Dan singkat cerita, di akhir perbincangan, pihak Tya & team bersetuju dengan bayaran baru yang diminta , supaya kami bisa meneruskan shooting pada hari tersebut. Karna jika dibatalkan, akan merugikan banyak hal lain pula.

“Tya sangat berbesar hati boleh berlakon dengan pelakon senior yang sangat baik, dan boleh beri kerja sama baik dengan Tya.

“Akhirnya, Alhamdulillah walaupun ada salah paham saat itu, kita berjaya juga menyelesaikan shooting pada hari itu juga, jam 5 ptg lebih saja,” tambahnya.

Tya juga memohon maaf dan berharap isu terbabit menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Soal bayaran, Tya Ariffin mohon maaf

PETALING JAYA: Pelakon Tya Ariffin kembali menjadi perhatian sejak semalam, apabila sebuah video salah faham tular di media sosial membabitkan pelakon veteran Fauziah Nawi berkenaan soal bayaran.

Tya yang sebelum ini dikec4m kerana dikatakan menyebarkan gambar anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa bagaimanapun meminta maaf atas isu salah faham itu.

“Sebenarnya kejadian berlaku sewaktu penggambaran drama pendek itu untuk produk saya, Mutyara. Pada mulanya ibu Fauziah menyangkakan ia hanya projek membabitkan pelajar universiti.

“Tapi selepas tahu ia membabitkan jenama produk, ibu Fauziah mula minta harga yang sewajarnya. Malah memang dia sampai tahap nak balik rumah.

“Saya akui memang ada salah faham yang berlaku. Pada mulanya pihak pengurusan Ibu Fauziah sendiri sudah setuju dengan bayaran. Bagaimanapun kami bersetuju untuk menaikkan harga bayaran,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Menolak dakwaan sengaja membiarkan video perselisihan itu tular, kata Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal, Asyraf Khalid, penyebaran video itu juga berlaku tanpa pengetahuannya.

“Sebenarnya video itu dirakam salah seorang pekerja saya yang berada di sana. Pada mulanya hanya untuk tontonan seorang sahaja tetapi disebarkan pula. Saya juga sudah mendapatkan penjelasan pihaknya dalam soal ini dan akan mengambil tindakan.

“Bagaimanapun saya meminta maaf sekali lagi kepada semua pihak terutamanya Ibu Fauziah kerana berhadapan dengan perkara ini,”tambah Tya dia turut menjadikan apa yang berlaku ini sebagai satu lagi pengajaran buat dirinya.

Biodata Pelakon Tya Arifin, Menantu Tiri Siti Nurhaliza

Nurtria Wulandari Arifin merupakan seorang pelakon kelahiran Indonesia yang juga menantu tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Langkah awalnya di persada seni hiburan bermula selepas menjayakan filem Gending Sriwijaya pada tahun 2012 serta menerusi penghasilan lagu Bawalah Aku pada tahun 2013.

Biodata

Nama sebenarnya, Nurtria Wulandari binti Arifin

Menggunakan nama komersial, Tya Arifin.

Kelahiran Palembang, Indonesia pada 22 Oktober 1994.

Berumur 26 tahun.

Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

Anak kepada pasangan Arifin bin Hasan AS (bapa) dan Komariah binti Mahmud (ibu).

Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2011 sebagai seorang pelakon dan penyanyi.

Kemunculannya di layar kaca menerusi sinetron Jamesbond, Para Pencari Tuhan dan Preman Pensiun, termasuk telefilem Bidadari.

Pembabitannya di layar perak menerusi filem Gending Sriwijaya, Merry Go Round, Tak Sempurna, King of Rock City, 2014, Earthbound, Garuda Superhero, Gila dan Jiwa serta M.O.X – Misi Operasi X.

Selaku penyanyi, beliau pernah mempopularkan single berjudul Bawalah Aku yang diterbitkan pada tahun 2013 dan Bidadari (2016).

Menerima pengiktirafan menerusi trofi kategori Pemeran Karakter Wanita Terpuji di Anugerah KPID 2014.

Mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid yang merupakan seorang usahawan dan anak ketiga kepada Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) serta anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti

Nurhaliza pada 1 November 2015. Sehingga kini pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa yang dilahirkan pada 31 Mac 2017 dan Azzahra Jiwa pada 8 Mei 2019.

Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @tyaarifinnw sehingga kini mencatatkan lebih 1.4 juta pengikut.

Fakta Menarik

Mempunyai rancangan realitinya sendiri yang berjudul In Love With Tya yang memaparkan perjalanan kehidupan dan kerjayanya, disiarkan di saluran Naura.

Pernah memegang mandat sebagai juri pertandingan komedi, Maharaja Lawak Mega 2018.

Dilantik oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Ibu pada tahun 2019.

Mengusahakan perniagaan jamu berjenama Mutyara Beauty yang diwarisi daripada nenek moyangnya.

Mempunyai bakat dalam beatboxing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *