Hiburan

‘Ingat Aku Yg Pergi Dulu, Tapi Allah Lebih Sayang Kau’ – Ini Lu4han Seb4k Sahabat Baik Arw4h. Al Fatihah

Ingat aku yang pergi dahulu, tapi Allah lebih sa.yangkan engkau.’

Itu luahan pelawak legenda, Hamid Gurkha ketika mengulas pemergian teman baiknya, Allahyarham Jamali Shadat, 78, yang meninggl dunia di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, pagi tadi.

Hamid atau nama sebenar, Abdul Hamid Abdul Rahman adalah antara teman seperjuangan a.rwah ketika memulakan karier dalam dunia seni pada era 1970-an.

Hamid yang u.zur dan mengalami masalah pendengaran menyi.fatkan a.rwah insan yang sangat baik.

“Saya ralat tidak dapat melawat a.rwah ketika hayatnya. Saya juga uzur, hendak menzia.rah di k.ubur a.rwah juga tidak upaya.

“Memang tak larat bergerak ke sana-sini, ditambah pula dengan pandemik C.OVID-19 ini.

“Pada usia 88 tahun ini, ingat saya yang pergi dulu. Tapi kawan rapat saya lebih dulu men1nggalkan dunia ini,” katanya kepada BH Online.

Hamid teringat detik su.sah dan se.nang bersama a.rwah yang akrab dengannya.

“Selama kami berkawan, tiada perkara yang a.rwah buat meny.akitkan hati ini.

“Tidak pernah sen.tap atau berg.aduh sesama kami. Saya bersyukur Allah pertemukan sahabat sejati sepertinya,” katanya


Veteran comedian Hamid Gurkha started his stint as a comedian in the 60’s.
Kredit foto: The Star

Hamid teringat kenangan manis bersama sama ketika mula membina nama.

“Ada kalanya, a.rwah naik kereta saya menuju ke lokasi membuat persembahan. Begitulah sebaliknya. A.rwah tidak pernah ber.kira.

“Kami sempat rakam album. Tidak silap saya, antara empat atau lima album bersama,” katanya yang menghasilkan album sketsa Jenaka Pilihan Jamali Shadat dan Hamid Gurkha terbitan Life Records.

Selama lebih 46 tahun, Allahyarham mencu.it hati ramai dengan jena.ka sp0ntan dan komedi ‘stand-up’.

Dilaporkan, Jamali mula uzur sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob ak1bat ser.angan angin ah.mar, dua tahun lalu.

Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Terkejut Sampai Mengalir Air Mata Pak Hamid Bila Awie Datang Ziarah

Pelakon dan pelawak veteran, Hamid Gurkha, tidak menyangka kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie bersama kumpulan Wings ke kediamannya.

Konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid itu disambut dengan linangan air mata oleh pelakon yang berusia 88 tahun itu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Instagram sayap2wings sebentar tadi.

Kata2 Pak Hamid undang sayu

Aku tak sangka kau dengan kawan-kawan kau datang Awie..

Suasana sebak menyelubungi ketibaan Dato’ Awie, Wings dan konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid Gurkha.

Namun suasana sebak kembali bertukar ceria apabila Pak Hamid dan Dato’ Awie berkongsi pengalaman manis mereka semasa penggambaran filem Z0mbie Kampung Pisang dan Antoo Fighter.


Pak Hamid popular dengan lakonan dalam banyak filem-filem komedi seperti Sikit Punya Gila dan Zombi Kampung Pisang. Sejak dari dulu lagi, lakonan Pak Hamid sentiasa buat kita tidak kering gusi menonton keletah beliau. Semoga Pak Hamid dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik disamping keluarga.

Kumpul Saham Akhirat

Baru-baru ini, Datuk Awie bersama 20 ahli kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS) dan Kelab Wings melakukan kerja amal dengan pergi ke rumah penggiat seni dan artis veteran yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban mereka

Difahamkan, Awie menziarahi pelakon veteran Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel, 70, yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar sejak lebih tiga bulan lalu, di rumah sewa anaknya, di Taman Matahari Height, Senawang.

Menurut Awie, ini adalah salah satu cara dimana beliau bersama rakan-rakan permotoran memberi bantuan buat rakan-rakan artis yang yang kesusahan atau tidak lagi aktif kerana kerana berdepan masalah kesihatan.

“Ini adalah cara yang kami selalu lakukan untuk membantu golongan dan rakan-rakan yang tidak sihat. Ini satu petanda yang baik dan sebagai rakan artis, saya bersyukur kerana dapat bersama dalam program amal seperti ini.

“Ini masa dia (Amran) dan masa saya tidak tahu lagi. Sebagai insan seni, begitulah hakikatnya bahawa kita ini tiada gaji seperti orang lain, ada kerja ada gaji dan tiada kerja tiada gaji,” katanya.

Dalam pada itu, Awie berkata golongan artis perlu bersatu dan saling membantu antara satu sama lain kerana di masa hadapan kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana kejaya sebagai anak seni ada pasang surutnya.

“Kita tidak tahu pada masa hadapan apa akan berlaku namun dengan adanya rakan-rakan yang prihatin dan memberikan sokongan, sekurang-kurangnya kita dapat dibantu.

“Ini yang kami (Kelab Wings) dapat lakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan program amal ini akan berjalan berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Awie juga bercadang untuk menzirahi rakan artis lain yang tidak sihat seperti Hamid Gurkha dan ahli kumpuan EXPDC serta balu kepada Allahyarham Yazid (Search)

Sumber: tehtarikkaw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *