Hiburan

Kec0h Tak Pakai Pelitup Muka Pergi Mahkamah, Neelofa Up Status ‘Perju4ngan Kita Masih Belum Selesai’

Usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa didakwa memakai niqab tanpa sebarang pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan.

Terima laporan berhubung isu Neelofa

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, pihak polis telah menerima laporan polis mengenai isu Neelofa yang dikatakan tidak memakai pelitup muka ketika mengenakan niqabnya semalam.

Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti mana diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang.

Tambahnya lagi, ia termasuklah kepada individu yang mengenakan niqab penuh atau separuh. Perkara berkenaan telah dikeluarkan oleh KKM apabila kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat awam bermuka 1 Ogos tahun lalu.

Pihak polis tidak akan berkompr0mi

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseks4an (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J4ngkitan) 2021.

Pihak polis tidak akan berkompromi mengenai tindakan yang akan diambil bagi memastikan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Kesel4matan Negara (MKN) serta peraturan yang telah ditetapkan oleh KKM perlu dipatuhi.

Neelofa menerui status terbaru di akaun Facebook miliknya menzahirkan rasa syukur selepas pergolakan di Isr4el – G4za berakhir menerusi gencatan senj4ta yang diumumkan oleh wakil kedua-dua pihak pagi ini.

Perjuangan belum selesai

Tulis Neelofa, ini hanyalah permulaan kepada kebebasan sebenar namun perju4ngan masih belum selesai. Umum mengetahui Neelofa antara selebriti tempatan yang lantang bersuara memperju4ngkan n4sib umat Islam di negara berg0lak itu. Ia turut diakui Mawar Rashid.

Perkongsian Neelofa berkenaan gencatan senjata itu bagaimanapun menerima respon berbeza daripada pengikutnya yang masih belum ‘melupakan’ isu pelanggaran SOP oleh Neelofa dan pasangan tempoh hari. Ada yang meninggalkan pesanan agar selebriti popular ini lebih peka dengan isu semasa memandangkan segala pergerakannya diperhati peminat setia.

Terdahulu, Neelofa dan pasangan mengaku tidak atas tiga pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Susulan daripada itu, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertud.uhan g4gal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertudu.han iaitu gag4l membuat imbasan aplikasi MySejahtera serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Mapim ajak Neelofa ke gaza

Kuala Lumpur: Selepas mencetuskan beberapa kontroversi, nama selebriti dan ahli perniagaan popular Neelofa Mohd Noor atau Neelofa terus menjadi sebutan.

Terbaru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengajak Neelofa untuk ‘berper4ng’ dengan menyertai misi kem4nusiaan di Gaza.

Ketua Aktivis Kemanusiaan Mapim, Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery memuat naik status gesaan di dalam Facebooknya untuk Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) menyahut cabaran berkhidmat dalam misi kemanusiaan di ‘ground zero’ selepas ini.

“Ke hadapan Hajah Neelofa, daripada ke penj4ra, lebih baik ke Gaza,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ahmad Sani ketika dihubungi berkata, pasangan itu yang kini didesak netizen untuk dikenakan tindakan penjara lebih wajar dihantar berperang khidmat kebaikan di kawasan yang memerlukan seperti Gaza.

Beliau yang juga Ketua Misi Khas WakeUp4Gaza berkata, Neelofa sendiri pernah bekerjasama di belakang tabir bersama Mapim dalam misi kem4nusiaan di Syria beberapa tahun lalu.

Selain itu, dia juga terbabit dalam bantuan domestik ketika penularan Covid-19 tahun lepas yang memberikan manfaat kepada ummah dan Islam.

“Sebab itu saya kata, daripada masuk penjara, lebih baik santuni dan selami penderit4an saudara kita di Gaza.

“Saya harap Neelofa dan Haris sahut cabaran dan pelawaan saya untuk berperang khidmat di Gaza,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman aktif di 40 negara termasuk yang bergolak dirasakan cukup untuk melatih pelakon itu dan suaminya.

Semalam Neelofa dan suami, Muhammad Haris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Seremban, atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu didakwa atas pertuduhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis di Nilai 3, Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber: Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *