Hiburan

Kec0h video tular dakwa ahli politik papah wanita masuk bilik hotel

PETALING JAYA – Penyebaran satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mirip ahli politik memapah seorang wanita dipercayai untuk memasuki bilik hotel menerima kec4man daripada netizen.

Rakaman berdurasi enam saat itu didakwa melibatkan ahli politik yang sebelum ini telah dibu4ng daripada sebuah parti politik pembangkang.

Muat naik berkenaan turut disertai dengan satu kemas kini status yang seolah-olah memerli dan menasihatkan tuan punya badan agar segera membuat laporan polis.

“Seperti pernah ku lihat, macam dia tapi video kabur.

“Barangkali inilah dugaan di bulan Ramadan, kesian ‘anak-anak’ penat sangat balik beli-belah baju raya barangkali,” katanya menerusi kemaskini status itu.

Tambah kemas kini itu, individu berkenaan perlu membuat laporan polis kerana tidak mungkin insan tersebut yang dikenali baik hati berkelakuan sedemikian.

Perkongsian itu setakat ini selepas hampir dua jam dimuat naik telah mendapat lebih kurang 1,600 tontonan, 41 komen serta 34 perkongsian.

Penularan video berkenaan bagaimanapun menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak patut berlaku lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang dilantik sebagai pemimpin.

“Macam mana Malaysia tak menerima az4b kalau begini pemimpin,” kata seorang pengguna platform media sosial berkenaan.

Berikut pula reaksi dari netizan

Video mirip ADUN dipeluk wanita masuk bilik hotel

KUALA LUMPUR – Sebuah video tular hari ini memaparkan seorang individu dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memasuki bilik hotel bersama seorang wanita.

Video berdurasi enam saat itu menunjukkan individu berkenaan dipeluk seorang wanita dan diikuti rapat dua wanita lain.

Wanita itu dipercayai dalam keadaan m4buk memaut bahu lelaki berkenaan untuk ke bilik hotel.

Lelaki dalam video itu mirip seorang ADUN yang kini bersama kerajaan.

Video yang direkodkan pada Mei tahun lalu melalui kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik pengguna Facebook.

Pemimpin perlu contohi akhlak, peribadi keperibadian Rasulullah

KUALA LUMPUR: Pemilihan khalifah atau pemimpin dalam Islam perlu diambil serius kerana bentuk dan corak kepemimpinan itulah nanti yang akan ‘memandu’ umat sama ada ke jalan diredai atau sebaliknya.

Beruntunglah negara dipimpin pemerintah adil dan dapat membawa umatnya ke arah kemakmuran tetapi lain pula ceritanya jika pemimpin dipilih adalah orang yang hanya mengikut hawa nafsu secara melulu.

Isu rasuah, pecah amanah, kemiskinan dan kemunduran masyarakat, antara beberapa masalah disebabkan kegagalan pemimpin yang akhirnya akan menyeret negara ke arah kegagalan.

Justeru, isu pemimpin berwibawa dipandang serius dalam Islam seperti disebutkan Allah SWT dalam al-Quran: “Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat az4b berat kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Shaad: 26)

Teladani Rasulullah

Penting buat masyarakat terutamanya umat Islam untuk memiliki pemimpin berakhlak unggul. Justeru, tentulah tidak ada tokoh paling baik dan sempurna untuk diteladani akhlak dan kepemimpinannya jika bukan kekasih-Nya, Rasulullah SAW.

Pendakwah, Ahmad Fauwaz Fadzil, berkata Rasulullah SAW insan paling tepat untuk diteladani pemimpin zaman ini kerana Baginda bersifat lengkap tanpa memiliki sebarang kelemahan daripada aspek akhlaknya.

Jika zaman ini, kuasa sering berupaya menggelapkan mata pemimpin hingga tanggungjawab besar itu dilihat sebagai jalan mudah mengumpul harta kekayaan, sedangkan Rasulullah SAW, pula kekal tawaduk dalam menonjolkan kepemimpinan bermaruah.

Disebabkan itu, anak Baginda tidak mewarisi harta Rasulullah SAW sebaliknya semua diwakafkan kepada mereka yang memerlukan.

“Ketika hayat Baginda, pernah Saidatina Fatimah ingin mengambil seorang hamba sebagai pembantu tetapi Rasulullah SAW tidak menggalakkannya, sebaliknya meminta anakandanya untuk memperbanyakkan bertasbih dan mempelajari erti berusaha serta berdikari.

“Di situlah Baginda menonjolkan kejituan akhlaknya sebagai pemimpin yang mahu anaknya sentiasa berdikari yang tidak banyak dimiliki pemimpin hari ini,” katanya.

Tambah Ahmad Fauwaz, Rasulullah SAW juga menonjolkan keterbukaan Baginda dengan tidak menghalang rakyat daripada menyuarakan pandangan mengenai sesuatu perkara.

Seorang pemimpin yang tidak berwibawa sering akan melihat rakyat atau mereka di bawah sebagai golongan paling mudah ditindas sehinggalah akhirnya golongan ini bangkit memberontak sedangkan Rasulullah SAW pula sentiasa meneladani dengan sifat rahmah dan penuh kasih sayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *