Amalan

Kerajaan Akhirnya Setuju Total l0ckd0wn’ 14 hari. Hanya Sektor Ini Dibenarkan Beroperasi

Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media malam ini.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

“Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat w4bak ini dan jumlah kematian semakin meningkat.

“Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehj4ngkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.

“Dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19 juga semakin terhad,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa ‘total lockdown’ berkenaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula 1 hingga 14 Jun.

Jelasnya, sekiranya ‘lockdown’ fasa pertama berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid-19, kerajaan akan melaksanakan ‘lockdown’ fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

‘Lockdown’ fasa kedua itu dijangka akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas fasa pertama berakhir.

TERDAHULU Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi pertimbangan penuh untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, seperti mana PKP 1.0 yang dijalankan pada tahun lepas.

Sumber memberitahu Astro AWANI, mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan dengan penuh teliti semua langkah dan pilihan yang dirasakan terbaik.

Menurutnya lagi, langkah sebesar itu perlu mengambil kira bukan sahaja keselamatan dan nyawa rakyat, tetapi juga demi meminimakan sebaik mungkin kesannya ke atas ekonomi negara, seperti mana pengajaran yang boleh diambil pada PKP pertama.

Sejak dilanda gelombang ketiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak dengan 8,290 kes baharu dicatat pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter sebentar tadi turut memaklumkan, Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.

Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan terbaharunya berkata, beliau mengambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.

“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah tetapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

https://twitter.com/IsmailSabri60/status/1398226506069909506?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1398226506069909506%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fmkn-pertimbang-secara-serius-total-lockdown-seluruh-negara-sumber-300357

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *