Uncategorized

Minat Seni Pantun Dan Puisi Dari Dulu, Penampilan awal Ahmad Fedtri Yahya di kaca televisyen tarik perhatian ramai

Siapa saja yang tidak mengenali dengan pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya dimana dia juga merupakan seorang penulis terkenal yang turut aktif dalam menulis lirik di persada hiburan tanah air.

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, kita memang perlu ada minat dan kesungguhan. Dengan usaha keras juga, kerja kita pasti menghasilkan kecemerlangan yang luar biasa. Mungkin itulah gambaran tepat dan sesuai diberikan kepada personaliti televisyen bernama Ahmad Fedtri Yahya. Di laman Twitter, dia sempat berkongsikan tentang perjalanannya hidupnya dari sekolah sehingga kini.

Semuanya bermula daripada PMR

Dalam status yang dibuat oleh pengacara ini, dia sempat mendedahkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) miliknya. Keputusan diperoleh telah menempatkan dirinya ke sebuah sekolah sains. Sejak sekolah lagi rupanya, dia memang sudah meminati seni berpantun dan berpuisi. Maka tidak hairanlah apabila Fedtri Yahya muncul di TV, bahasa yang digunakan begitu indah dan cantik tersusun.

Sambung minat ke peringkat tinggi

Dalam sambungan thread tersebut, Fedtri turut berkongsi gambar sekeping keratan akhbar yang menunjukkan kecermelangannya dalam sebuah pertandingan pantun di peringkat pengajian tinggi selain menerima pingat bermakna. Namun tamat sahaja belajar di sebuah institusi pengajian, dia dilanda dilema. Pilihan yang dibuat adalah permulaan sebuah lembaran baru dalam kehidupannya.

Walaupun dem4m, tetap pergi set rakaman

Pengacara ini turut mengimbau semula sebuah kenangan iaitu saat dia beradu dalam sebuah pertandingan menulis puisi dan lirik. Menurutnya, dia sedang demam ketika itu namun tetap bangun untuk ke set rakaman. Meskipun agak huru-hara, dia masih mendapat perhatian ramai pihak.

Kenali keunikan diri dan teruskan dengan peluang yang terbentang

Impak dari malam itu, pihak penyiaran televisyen yang mengambilnya untuk bekerja telah memberikan Fedtri satu tugas besar. Dia perlu menjadi pengacara di resepsi perkahwinan Dato’ Sri Siti Nurhaliza secara langsung. Itu merupakan titik di mana personaliti televisyen ini untuk terus bersinar sehingga kini. Di akhir bebenang tersebut, dia mengucapkan terima kasih buat para guru yang pernah mengajarnya dahulu.

Sumber: Twitter Ahmad Fedtri Yahya

Berikut sedikit info mengenai Fedtri  Yahya

Siapa tak kenala dengan pengacara serba boleh, Ahmad Fedtri bin Yahya. Beliau  merupakan seorang pengacara dan personaliti televisyen Malaysia. Beliau juga merupakan personaliti TV3 dan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini. Beliau juga pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie sebagai pelakon kameo. Antara program lain yang pernah dihoskan beliau ialah Dari Masjid Ke Masjid, Madrasah, Scoreboard, Kafe Aktif, Keluarga Bijak Everyday, Khurafat, Sebalik Malam, Jejak Rasul dan pelbagai lagi.

Beliau juga aktif sebagai penulis lirik. Banyak menulis lirik lagu nama-nama besar seperti Noraniza Idris, Nora Ariffin, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi.

Beliau ialah lulusan Sarjana Muda Komunikasi (Filem & Penyiaran) dengan minor Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM ketika istiadat Konvokesyen USM 2003.

Beliau juga aktif menjadi pengacara pelbagai majlis dan menulis buku bertajuk ‘Haruman Puisi Cinta’ dan ‘Pantun Penyeri Pengantin’. Beliau juga aktif menulis dalam majalah seperti Remaja, Gen-Q dan Tunas Cipta. Fedtri juga merupakan salah seorang bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) atau lebih dikenali sebagai KUSESS.

Fedtri telah berkahwin dengan Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika sama-sama terlibat dalam Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.[2] Beliau dikurniakan tiga anak, iaitu Indah Sutera Jannah (lahir 2012), Ahmad Willdan Arjuna (lahir 2014) dan anak ketiga yang dilahirkan pada 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *