Amalan

Neelofa, suami didakwa di m4hkamah esok. Sekali netizan lancar Petisyen

Selepas Neelofa beberapa kali mencuri perhatian ramai dalam isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) C0vid-19, satu kempen dalam talian digerakkan untuk mendesak pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti berkenaan.

Kali ini ada kempen mengumpul sokongan orang ramai untuk meminta kerajaan mengenakan huku.man penj4ra ke atas pengacara dan usahawan terbabit.

Gerakan itu berlaku ketika Neelofa masih disiasat atas dakwaan melanggar SOP rentas negeri kerana membeli karpet di Nilai 3, Seremban serta dituduh berkumpul beramai-ramai semasa 1 Syawal lalu.

Petisyen ditujukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mendesak pasukan keselamatan mengenakan huku.man yang dirasakan setimpal buat seseorang yang melakukan kesal4han berulang.

Ia juga dianggap sebagai simbolik kepada pihak berkuasa agar tidak mengamalkan undang-undang yang berbeza di antara orang awam dan kenamaan atau terkenal.

“Neelofa merupakan seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik C0vid-19.

“Kesalahan-kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadapnya.

“Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak kerajaan Malaysia dan PDRM untuk segera memenjarakan Neelofa tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kerajaan tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP dan orang kenamaan,” menurut petisyen tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, yang bertanggungjawab atas hal ehwal PDRM turut dinamakan dalam petisyen dimulakan individu menggunakan gelaran Hentikan Double Standard itu.

Setakat laporan ini ditulis pada lebih 2,700 tandatangan dikumpulkan.

Untuk rekod, Neelofa sebelum ini dikenakan kompaun RM20,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan sosial sewaktu majlis perkahwinannya dengan Haris Ismail.

Kejadian berlaku pada 23 Mac lalu itu turut menyebabkan 20 lagi anggota keluarga pelakon itu menerima kompaun RM1,500 setiap seorang.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris kemudian dikompaun bagi jumlah RM10,000 atas kesalahan melanggar kebenaran merentas negeri kerana ke Langkawi selepas pernikahan mereka.

Untuk dakwaan melanggar SOP sempena hari raya pada 1 Syawal lalu, Neelofa serta sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan kepada polis Brickfields, Kuala Lumpur semalam.

 Berikut reaksi netizan

“Rasanya xyah sampai penjara sebab kesalahan ni bukan melibatkan jenayah, lebih baik bagi hukuman melakukan kerja amal melibat urusan pesakit covid-19, biar dia insaf tgk pesakit2 covid-19 semua tu.. selagi xnampak depan mata sendiri, selagi tu lah buat kesalahan berulang kali.”

” Sabar kawan2…jgn bully siber.bagi la peluang kat dia, insyaallah lepas ni dia akan lebih berhati-hati.bersih kan la hati dari kita saling hasut menghasut.bukan retis pun,byk je langgar SOP.sebab dia femes tu je yg kita selalu nampak.”

” Bukan satu kali atau dua kali dia langgar sop, dah 3 kali berturut turut. Apa dia nak buktikan kpd kita disini? Bahawa duit dia tak habis dipakai walaupun bayar kompaun berpuluh ribu? Padan muka! You deserved it Neelofa!”

” Cukup kompoun saje..buat apa penjara org nak beraya..Bermaafan disyawal org sanggup kelaluan tikus..Lainlah meletop kluster neelofa..itu lain cerita”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *