Hiburan

Netizan desak dia dip3njara, Sekali Mapim ajak Neelofa ke gaza

Kuala Lumpur: Selepas mencetuskan beberapa kontroversi, nama selebriti dan ahli perniagaan popular Neelofa Mohd Noor atau Neelofa terus menjadi sebutan.

Terbaru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengajak Neelofa untuk ‘berper4ng’ dengan menyertai misi kem4nusiaan di Gaza.

Ketua Aktivis Kemanusiaan Mapim, Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery memuat naik status gesaan di dalam Facebooknya untuk Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) menyahut cabaran berkhidmat dalam misi kemanusiaan di ‘ground zero’ selepas ini.

“Ke hadapan Hajah Neelofa, daripada ke penj4ra, lebih baik ke Gaza,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ahmad Sani ketika dihubungi berkata, pasangan itu yang kini didesak netizen untuk dikenakan tindakan penjara lebih wajar dihantar berperang khidmat kebaikan di kawasan yang memerlukan seperti Gaza.

Beliau yang juga Ketua Misi Khas WakeUp4Gaza berkata, Neelofa sendiri pernah bekerjasama di belakang tabir bersama Mapim dalam misi kem4nusiaan di Syria beberapa tahun lalu.

Selain itu, dia juga terbabit dalam bantuan domestik ketika penularan Covid-19 tahun lepas yang memberikan manfaat kepada ummah dan Islam.

“Sebab itu saya kata, daripada masuk penjara, lebih baik santuni dan selami penderit4an saudara kita di Gaza.

“Saya harap Neelofa dan Haris sahut cabaran dan pelawaan saya untuk berperang khidmat di Gaza,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman aktif di 40 negara termasuk yang bergolak dirasakan cukup untuk melatih pelakon itu dan suaminya.

Semalam Neelofa dan suami, Muhammad Haris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Seremban, atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu didakwa atas pertuduhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis di Nilai 3, Seremban, Negeri Sembilan.

Neelofa Muat Naik Status Baru

Neelofa menerui status terbaru di akaun Facebook miliknya menzahirkan rasa syukur selepas pergolakan di Izr43l – Ga.za berakhir menerusi gencatan senj.ata yang diumumkan oleh wakil kedua-dua pihak pagi ini.

Tulis Neelofa, ini hanyalah permulaan kepada kebebasan sebenar namun perjuangan masih belum selesai. Umum mengetahui Neelofa antara selebriti tempatan yang lantang bersuara memperjuangkan nasib umat Islam di negara bergolak itu. Ia turut diakui Mawar Rashid.

Perkongsian Neelofa berkenaan gencatan senj.ata itu bagaimanapun menerima respon berbeza daripada pengikutnya yang masih belum ‘melupakan’ isu pelanggaran SOP oleh Neelofa dan pasangan tempoh hari.

Ada yang meninggalkan pesanan agar selebriti popular ini lebih peka dengan isu semasa memandangkan segala pergerakannya diperhati peminat setia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *