Uncategorized

PM Akhirnya Umum Semua PKP di seluruh negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19.

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 hari ini.

Terdahulu PM pernah beritahu tidak bercadang untuk buat PKP di semua negara. Tapi nampaknya keadaan semakin membimbangkan
Kerajaan tidak bercadang laksana PKP menyeluruh – Muhyiddin
Melalui laporan bulan lepas, Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP hanya dilaksanakan di lokasi tertentu yang menjadi kawasan dengan peningkatan mendadak kes penularan pandemik.

“PKP bersasar hanya untuk memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal, gangguan perniagaan dapat diminimumkan dan kemampanan ekonomi dapat dicapai,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pihak Industri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalannya, Datuk Lim Ban Hong.

Muhyiddin berkata, beliau memberi jaminan kerajaan akan menerapkan langkah sesuai untuk mencapai keseimbangan antara melindungi nyawa dan kehidupan rakyat yang terjejas dengan C0VID-19.

Katanya, kerajaan akan melakukan apa yang perlu untuk menghidupkan semula ekonomi dan mengembalikan pekerjaan kepada rakyat.

“Seperti yang dikatakan, saya harus mengakui dan menghargai peranan penting diambil sektor swasta dalam memerangi wabak ini terutama ketika PKP,” katanya.

Menuju ke hadapan, Perdana Menteri berharap komuniti perniagaan termasuk individu akan terus melaksanakan peranan penting dalam mengurus dan membendung wabak kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

“Justeru, saya sekali lagi menekankan peranan industri adalah penting untuk mencapai matlamat bersama bagi melindungi nyawa dan kehidupan,” katanya.

Kredit : Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *