Amalan

P0lis si4sat individu hin4 Sultan Johor. Pekerja Noor Kartini tampil cerita perkara seben4r

Susulan i.su posting memperti.kaikan titah Sultan Johor, pekerja Datin Noor Kartini Noor Mohamed iaitu Zulshafiqah Zulkafli tampil membuat permohonan maaf dan meng.aku bertanggungjawab terhadap keke.cohan itu.

Zulshafiqah berkata, tangkap layar (screenshot) itu bertujuan untuk rujukannya tanpa berniat memuat naik di Instagram peribadinya atau akaun ibu kepada selebriti Neelofa itu.

“Saya dengan ini ingin menyatakan permohonan maaf berkenaan i.su yang tular di media sosial berhubung tangkap layar di Instagram Datin Noor Kartini.

“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Saya yang merupakan Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini telah tersilap memuat naik tangkap layar.

“Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.

“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri, ” tulisnya.

Selain itu individu tersebut juga memberitahu dia sudah memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu si.asatan berhubung i.su yang tular ini.

Pada Ahad, keluarga Neelofa terus menerus menjadi bualan netizen gara-gara perkongsian ibu sele.briti itu iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram yang dilihat memperti.kaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun perkongsian di Instastory Noor Kartini dengan imej Sultan Ibrahim berhubung titah berkaitan i.su cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani penularan C0vid 19 segera dipadam dalam masa beberapa minit.

Namun menerusi tangkap layar yang disebarkan semula di media sosial, dapat dilihat kata-kata yang mempert.ikaikan saranan Sultan Ibrahim.

Muat naik berkenaan mencetuskan tanda tanya ramai termasuk Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang turut berkongsi tangkap layar daripada Instagram Noor Kartini itu.

Susulan itu Noor Kartini tampil dengan kenyataan pena.fian berhubung k.ontroversi berkenaan.

Dalam pada itu, Zulshafiqah turut memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor, dan seluruh kerabat diraja Johor serta Noor Kartini sekeluarga.

“Dengan rasa hormat dan rendah diri patik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh kerabat Johor, patik merafak sembah memohon maaf di atas kec.uaian yang terjadi.

“Saya juga dengan rendah diri memohon maaf kepada Datin Noor Kartini serta keluarga di atas kec.uaian saya yang telah menimbulkan masalah kepada Datin Noor Kartini sekeluarga.

“Dengan ini saya berjanji tidak akan mengulangi kes.ilapan yang sama dan sekali lagi memohon maaf atas keralatan dan kes.ilapan yang berlaku, ” katanya.

Polis siasat individu hi.na Sultan Johor

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada 5.44 petang tadi.

“Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti itu dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Instagram tersebut,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Anuar berkata polis masih menyiasat perkara itu kerana dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, Instagram milik ibu selebriti itu telah memaparkan gambar dan berita TV3 dengan visual Sultan Johor bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’ beserta kapsyen berbentuk kritikan.

Ibu selebriti itu bagaimanapun mendakwa seorang pekerjanya telah menyalahgunakan akaun Instagram miliknya bagi tujuan peribadi sebelum membuat laporan polis petang tadi.

Kredit : Mstar,BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *