Amalan

Dakwaan mahu rob0h banglo bekas isteri, PU Raihan tampil beritahtu perkara sebenar

BARU-BARU ini Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen apabila muncul dengan status di Facebook mencari perkhidmatan untuk merobohkan sebuah rumah ‘batu’.

Bagaimanapun persoalan itu segera terjawab apabila bekas isteri PU Raihan atau Raihan Husni yang dikenali sebagai Ain Qaiyimah tampil menjelaskan kisah di sebalik rumah berkenaan.

Ujar Ain, dia kecewa apabila Raihan mahu mendahului mahkamah berhubung status rumah tersebut yang dibina menggunakan wangnya di atas sebidang tanah milik bapa pendakwah berkenaan.

Tampil menjelaskan mengenai hal itu Raihan muncul menerusi kenyataan terkini dan berkata bahawa isu dia dengan sengaja mahu merob0hkan rumah berkenaan sebenarnya tidak berbangkit.

Malah kini dia berkata mahu menunggu proses mahkamah berhubung tuntutan mut’ah bekas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di Hulu Langat pada 16 Jun depan.

Perkongsian Ain di Facebooknya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Raihan mendedahkan butiran tuntutan Ain selaku plaintif yang meminta bekas suaminya membayar mut’ah sebanyak RM300,000.

Ujar Raihan, dia bagaimanapun tidak bersetuju dengan jumlah tuntutan berkenaan.

Saya pasti rumah itu nilainya tidaklah seperti jumlah yang dituntut, apatah lagi setelah segala perabot dan perhiasan dibawa keluar nanti.

“Pada 6 Mei lalu saya tanpa gagal hadir ke Majlis Sulh di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat tepat pada masanya.

“Tetapi apabila mendapat tahu tentang tuntutan mut’ah sebanyak RM300,000 itu sebenarnya adalah bayaran tebus harga rumah, sememangnya saya berhak untuk tidak bersetuju,” kata Raihan.

Tambah pemenang tempat keempat rancangan Pencetus Ummah 2016 ini, dia yakin nilai rumah berkenaan tidak seperti yang dituntut Ain atas beberapa faktor.

Notis tuntutan mut’ah.

“Kenapa saya tidak bersetuju? Kerana ia merupakan rumah dua bilik yang dibina atas tanah yang pemiliknya masih ayah kandung saya sehingga saat ini.

“Saya pasti rumah itu nilainya tidaklah seperti jumlah yang dituntut, apatah lagi setelah segala perabot dan perhiasan dibawa keluar nanti.

“Jadi bagi saya tiada isu tentang saya tidak bertanggungjawab, tidak beri kerjasama atau jauh sekali dengan sengaja ingin meruntuhkan rumah itu,” katanya seperti yang dipetik daripada hantaran Facebook.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapat penjelasan terperinci daripada Raihan tidak berhasil.

“Saya dah buat laporan polis dan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) serta serahkan kepada peguam.

“Saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab ini privasi saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Keluarga Mentua Tak Percaya

Dalam status terkini, Ain Qaiyimah mendedahkan campur tangan dari pihak mak mertua dalam isu terbabit walaupun mereka tidak mempunyai bukit yang kukuh

Menurut Ain lagi, dia masih simpan segala bahan bukti termasuk keratan perbualan wassap dan bersedia untuk berkongsi di facebook atau di mahkhamah

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik

At-Taubah 67

Sepatutnya keluarga dan saudara mara tolong redakan keadaan bukan masing-masing berebut jadi hero tambah dosa.

Mujur mak ayah saya masih hidup, agaknya Kalau saya keseorangan apa agaknya jadi pada saya?

Kenapa ya pihak sana masih nak terjah dan mencari perhatian netizen tanpa mengumpulkan bukti yang kukuh?

Saya ada bukti kukuh SS Wasap PU Yang mengatakan Kalau ada perkhidmatan Buka, Cabut Atau alihkan rumah, Mohon alihkan ke tempat lain.

Nak saya tunjuk kat sini? Atau nak saya tunjuk kat mahkamah?

Cc: muaz, sumaiyah, asmak, Hamidah

Dalam pada itu, netizan terus memberikan sokongan kepada Ain

“Cukup ler sis. Jgn cc bagai. Setel je kat mahkamah. Perbuatan sis ni akan memudaratkan diri sendiri. Dengan up status begini dgn mudah je sis boleh kene saman dengan pihak sana.
Saya simpati dengan sis tapi dalam pada masa.yang sama cuma nak ingatkan je. Walau kita berada dipihak yang betul tapi kalau salah cara mempertahankan diri nanti kita sendiri yang rugi.
Ingat pesan ni sis. Dan stop update apa2 yang cc kepada mereka.
Jangan risau la sis. Rumah ni dibina masa dgn suami kan. So xde isu sangat. Kuil h4ram pon ssh nak roboh secara legal inikan pula rumah yg dibina atas izin dgn duit sendiri. No hal lah”

“Pihak sana putar belit cerita Tanpa bukti yang kukuh?”-Ain

Biodata Profil PU Raihan Peserta Pencetus Ummah 2016 Astro | Biodata Pencetus Ummah Raihan

Jom baca biografi dan latar belakang PU Raihan Pencetus Ummah musim 4 (PU 2016):

Nama penuh PU Raihan: Raihan Husni

Asal: Negeri Sembilan

Umur Pencetus Ummah Raihan: 26 tahun

Kerjaya: Pendakwah bebas

Hobi: Berkebun

biodata PU Raihan peserta pencetus ummah 2016 astro, biodata Pencetus Ummah Raihan, profile PU Raihan pencetus ummah pu2016, biografi PU Raihan, profil dan latar belakang PU Raihan

pencetus ummah musim 4, gambar PU Raihan pencetus ummah 2016

Gambar PU Raihan Pencetus Ummah 2016

PU Raihan merupakan peserta Pencetus Ummah 2016 musim keempat. Tahniah PU Raihan. Mimbar Pencetus Ummah 2016 musim 4 kini kembali!!! Pencetus Ummah merupakan sebuah

program realiti Astro di mana peserta berdakwah dengan cara masing-masing. Program tv yang berilmiah ni berjaya menarik minat golongan muda, dewasa dan warga tua untuk sama-sama

mengambil ilmu dengan menonton rancangan bermanfaat seperti ini.

Nak tahu siapa lagi yang turut serta dalam pertandingan Pencetus Ummah 2016? Lihat senarai: 9 peserta Pencetus Ummah 2016. Ketahui apa hadiah pemenang Pencetus Ummah 2016.

Lumayan hadiahnyaaaa…. Super grand!

Sekian.. latar belakang Pencetus Ummah Raihan / biodata PU Raihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *