Amalan

Tvlar Vldeo Lelaki Merayv Sampai Melvtut Nak Jvmpa MB Kedah, Ini Cerita Sebenar

ALOR SETAR: Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang did.akwa melutut dan mer.ayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan isi hati sebagai peniaga, adalah fi.tnah yang dijaja pihak tertentu dengan tujuan tidak baik.

Setiausaha P.olitik Menteri Besar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, d.akwaan kononnya Menteri Besar enggan melayan kunjungan peniaga tersebut, langsung tidak berasas kerana Muhammad Sanusi sebenarnya tidak berada di pejabat ketika itu.

Katanya, peniaga itu dibawa untuk bertemu dengan Ketua Pegawai Khas Menteri Besar, Zulkifli Yahya.

“Itu bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Exco kerajaan negeri tetapi Ketua Pegawai Khas Menteri Besar. Selain itu tetamu itu juga tidak melutut sebaliknya duduk di atas sofa yang rendah.

“D.akwaan kononnya Zulkifli mempermainkan peniaga itu dengan membuat rakan video semasa dia mengadu m.asalah dan merayu juga tidak betul. Rakaman itu sebenarnya dibuat pegawai khas berkenaan untuk disampaikan kepada Menteri Besar,” katanya menerusi laman Facebooknya, semalam.

Sejak semalam, tersebar klip video berdurasi 20 saat memaparkan seorang lelaki mer.ayu mengenai nasibnya sebagai peniaga sambil aksinya itu dirakam seorang lelaki lain yang dikatakan Exco kerajaan negeri.

Klip video itu menjadi tular dalam media sosial kerana terdapat d.akwaan kononnya peniaga tersebut membuat r.ayuan itu sambil melutut setelah Menteri Besar eng.gan bertemunya.

Afnan menambah, d.akwaan mengatakan Menteri Besar tidak mengambil tahu masalah peniaga seperti yang ditimbulkan bersama klip video itu juga tidak benar.

Jelasnya, Muhammad Sanusi telah membawa pandangan daripada golongan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar o.perasi bazar Ramadan diteruskan dengan p.rosedur o.perasi standard (SOP) ketat.

“Cadangan ini sebenarnya sangat beri.siko tetapi langkah tersebut tetap diambil demi memberi kemudahan kepada para peniaga memperolehi sumber pendapatan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri,” katanya

Benar 38 jenis perniagaan beroperasi ketika PKP elak lebih ramai hilang kerja

Putrajaya: Keputusan kerajaan membenarkan 38 jenis perniagaan termasuk bukan ‘essential’ beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memastikan kelangsungan perniagaan dan mengelakkan lebih ramai kehilangan pekerjaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, walaupun ada perniagaan bukan ‘essential’, ia perlu dibenarkan terus beroperasi supaya pekerja mereka mendapat upah atau gaji untuk menyara kehidupan.

“Walaupun kedai perabot itu bukan essential, jika kita tidak benarkan mereka beroperasi ia akan menjejaskan perniagaan itu dan secara tidak langsung nasib pekerja mereka juga akan terkesan.

“Kedai barang kemas itu mungkin bukan essential tetapi pekerjaan essential kepada pekerja kerana mereka memerlukan gaji untuk menyara kos hidup mereka dan sebagainya, dan lebih-lebih lagi sekarang ini kita nak menyambut perayaan.

“Sebab itu selepas kami memikirkan sedalam-dalamnya, kami harus melihat dari sudut memastikan kelangsungan perniagaan,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Jualan Prihatin Raya, di sini hari ini.

Nanta berkata, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan sektor perdagangan pengedaran juga faktor utama kerajaan membenarkan sektor itu terus beroperasi semasa PKP.

Menurutnya, daripada 528,581 premis yang diperiksa hingga 5 Mei lepas, 98.36 peratus atau 520,028 patuh pada SOP, 597 premis atau 0.11 peratus diberi amaran dan hanya 178 premis atau 0.03 peratus dikenakan kompaun.

“Yang penting dari tahun lalu hingga sekarang, kita dapati ada kepatuhan kepada SOP yang amat tinggi dalam kalangan sektor perdagangan pengedaran dan sebab itu kami membenarkan 38 jenis perniagaan beroperasi,” katanya.

Semalam, KPDNHEP mengumumkan sektor perdagangan pengedaran seperti peruncitan, pemborongan dan pengedaran boleh beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Antara jenis perniagaan yang dibenarkan ialah kedai antik, kedai buku dan alat tulis, kedai bunga atau nurseri, kedai peralatan sukan dan kedai tembakau.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP di beberapa daerah di Selangor bermula 6 hingga 17 Mei depan, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak pula dikenakan PKP bermula 7 hingga 20 Mei ini.

Mengenai Jualan Prihatin Raya, Nanta berkata, kementerian mengadakan kerjasama strategik dengan beberapa syarikat pembekal utama untuk menawarkan barangan keperluan pada harga yang sangat berpatutan dan jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Antara barangan yang dijual pada program itu ialah ayam, telur, ikan, gula, minyak masak, tepung, beras, sayur-sayuran dan pelbagai jenis barangan keperluan yang lain.

“Pada jualan ini, ayam seekor dijual dengan harga RM8 manakala minyak masak paket sekilogram pula dijual dengan harga RM2 sepaket, ini menunjukkan memang harga itu lebih murah daripada pasaran,” katanya.

Kredit : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *