Hiburan

Video keluarga Neelofa berhimpun sambut Aidilfitri tular, mujur Nabila sempat delte

PETALING JAYA – Belum reda isu rentas negeri dan karpet, keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila did4kwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang ditetapkan.

Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari tadi.

Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Online mendapati video berkenaan telah dipadam Noor Nabila dalam Instagramnya.

“1 Syawal yang penuh mulia,” tulis Noor Nabila sebagai kapsyen.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kemarahan dan tidak puas hati selain mempertikaikan tindakan keluarga itu.

Tangkap layar Noor Nabila tular dalam laman Twitter.

“Wah seronoknya. Betul-betul kebal geng ni.

“Meriahnya. Kita nak jumpa keluarga yang dekat pon takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Demo (mereka) semua mari dari kayangan ke,” luah netizen.

Terdahulu, kerajaan menerusi SOP yang diputuskan tidak membenarkan sebarang aktiviti kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.

Noor Nabila merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa. Sebelum ini beliau dikenali kerana telah bernikah dengan pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta iaitu

Foto raya keseorangan Noor Nabila jadi tanda tanya

Sharnaaz Ahmad. Bagaimanapun perkahwinan mereka berdua tidak bertahan lama apabila telah bercrai sekitar Julai tahun lalu. Hasil pernikahan Nabila dan Sharnaaz mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 3 tahun.

Baru-baru ini Nabila telah telah mengakhiri status ibu tunggalnya apabila memutuskan untuk mengahwini bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran. Perkenalan mereka berdua bermula apabila sama-sama terlibat dalam sukan berbasikal sejak tahun lalu.

Perkahwinan antara Engku Emran dan Nabila merupakan pernikahan kali ketiga antara kedua-duanya.

Hubungan yang baru beberapa bulan terjalin itu akhirnya berakhir ke jinjang pelamin apabila Engku Emran tidak berfikir panjang untuk melamar Noor Nabila untuk menjadi suri hati hidupnya.

Tahun ini merupakan tahun pertama buat pasangan Nabila dan Engku Emran menyambut hari raya berdua setelah bergelar pasangan suami isteri.

Bagaimanapun menjengah ke akaun Instagram Nabila, hanya gambar beliau seorang diri dan di entri sebelumnya beberapa gambar Jebat Jayden yang dimuatnaik bersempena hari raya.

Peminat dan netizen turut tertanya-tanya gambar sambutan hari raya Nabila bersama suaminya Engku Emran kerana tiada gambar bersama di rakam mahupun dikongsikan oleh Nabila dan Engku Emran di media sosial.

Mana gambar Suami?

Ruangan komen di entri yang dimuatnaik oleh Nabila di penuhi ucapan selamat hari raya dan juga pertanyaan mengenai suaminya itu.

Sebagai peminat, mereka hanya mahukan pasangan yang masih lagi dalam fasa bulan madu itu berbahagia dan gembira bersama sebagai sebuah keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *