Hiburan

Semakin Popular, Ramai Wanita Ajak Kahwin. Tapi Persoalan Jaafar Onn Buat Mereka Terdiam

Kuala Lumpur: Pelakon Jaafar Onn, 70, yang kini popular menerusi watak Tyson 2 juga syaitan dalam filem 18 Puasa Di Kampung Pisang mengakui tidak terlepas menerima pelawaan kahwin daripada beberapa wanita.

Jaafar berkata, mereka daripada anak dara serta golongan janda.

“Saya dah letih dan penat untuk fikir soal kahwin. Tidak tahulah samada hati saya dah tertutup sekarang.

“Tapi kalau Allah kata kahwin, kahwinlah saya nanti. Macam di studio masakan saya. Ada 50 orang datang belajar masak.

“Mereka bukan nak tengok saya mengajar, tapi sebaliknya ajak saya kahwin. Saya tanya kenapa nak kahwin dengan saya?,” katanya.

‘Tak tahu mereka nak saya atau harta saya’

Bapa kepada seorang anak lelaki menerusi perkahwinan pada 1983 dan bercerai empat tahun selepas itu berkata, dia berasakan diri sudah tua dan tidak pasti samada wanita ini mahu menumpang kesenangannya.

“Tidak tahulah kalau niat mereka nak tumpang harta saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu samada saya kaya atau tak.

“Tapi hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jaafar yang juga chef masakan mahu menghasilkan buku biografi kehidupannya.

“Kisahnya mengenai suka duka saya untuk tatapan generasi akan datang. Cuma masalahnya saya tak tahu berapa caj yang nak dikenakan.

“Saya cakap terus terang saya tak mahir berkenaan kos percetakan dan lain-lain. Takut nanti buku dah keluar cerita belakang tak habis-habis lagi.

“Jadi saya tak nak bebankan orang. Siapa yang nak bekerjasama sangat dialu-alukan. Kita duduk bercerita atau bahagikan hasil sama rata pun tak kisah,” katanya yang akan terbabit dalam telefilem Ahmad Albab Ding Ding untuk Astro First selepas ini.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, kehidupan Jaafar tidak terkesan kerana dia berniaga kek.

“Sehari saya siapkan 20 biji kek Arab yang ditempah pelanggan. Saya jual secara dalam talian dan kemudian pos.

“Cuma tahun ini sahaja saya tak sempat buat. Kalau upah orang lain buatkan rasanya tak sama pula. Selain itu, saya buat pek makan tengahari untuk sekolah serta hantar kepada petugas barisan hadapan.

“Sehari saya siapkan 10 ke 12 pek. Saya buat nasi beriyani setiap Jumaat sahaja dan diberikan secara percuma. Dah tua-tua begini saya nak juga buat saham akhirat,” katanya.

Jaafar Onn Bawa Baju Satu Beg Pegi Shooting Walapun Tak Tahu Dpt Karakter Apa

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.
Sudah berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM3 juta dalam masa 10 hari, watak-watak di dalam filem ini tular di laman sosial antaranya Barkoba, Yah Kucai dan Abang Jay.

Bagi Jaafar Onn yang memegang watak sebagai Tyson 2 ataupun Abang Jay, dia sudah lama bekerjasama dengan Mamat Khalid dan amat menyenangi pengarah tersohor itu.

“Sebenarnya saya dah banyak kali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid antaranya Rock Oo jadi saya ada pesan dengan dia, lain kali panggil la kalau nak berlakon. Kebetulan Mamat pun beritahu yang dia ada watak yang sesuai dengan saya dalam filem 18 Puasa dan saya pun free waktu tu, saya terus kata okay,” kata Jaafar kepada Gempak.

Jaafar ditemui ketika menjadi tetamu bagi promosi Ramadan Syawal bertempat di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Jaafar lagi, dia tidak menyangka akan diberikan watak ibli.s sehinggalah tiba di tempat penggambaran.

“Penggambaran dijalankan di Kuala Kangsar selama lima hari. Saya bawak baju satu beg ye sebab masa tu tak tahu watak apa. Hari saya shooting tu, Mamat kata tak payah bawa baju, baju semua disediakan. Bila sampai di set, rupanya jadi ibl.is. Tapi saya tak kisah pun,” jelas Jaafar lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si ibl.is yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Rata-rata netizan sangat terhibur dengan lakonan Jaafar Onn walapun hanya membawa watak sampingan

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *