Amalan

Papar Seremban, Selangor. Jakim Tampil Buat Penjelasan

Putrajaya: Bahagian Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memohon maaf atas kesilapan memaparkan nama tempat Seremban, Selangor dalam rancangan Anda Musykil yang diterbitkan jabatan itu secara siaran langsung di TV1 semalam.

Melalui kenyataan media dikeluarkan Jakim hari ini, pihaknya memaklumkan kesilapan ini diakui oleh Pembantu Penerbit Rancangan yang mengendalikan panggilan telefon daripada penonton dalam rancangan itu.

Katanya, Bahagian Penyiaran Jakim berasa kesal dengan insiden itu dan akan memastikan ia tidak berulang lagi dalam setiap rancangan televisyen yang diterbitkan Jakim.

“Bahagian Penyiaran Jakim juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sikap keprihatinan dan sokongan masyarakat dalam rancangan agama yang diterbitkan Jakim sama ada di televisyen mahupun radio,” katanya.

KESILAPAN pada paparan nama tempat sebagai Seremban, Selangor. FOTO tular

Sebelum ini pusat membeli-belah Nilai 3 Nilai di sini, seolah-olah menjadi rebutan antara Negeri Sembilan dengan Selangor gara-gara k.es usahawan dan s.elebriti p.opular Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) dan suaminya, Mohammad Haris Mohd Ismail.

Neelofa dan Muhammad Haris sebelum ini tidak dit.uduh atas kesa.lahan merentas negeri ke Nilai 3 pada awal bulan ini sebaliknya pert.uduhan hanya memb.abitkan k.es pelanggaran p.rosedur o.perasi standard (SOP) P.erintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman sudah mengesahkan bahawa kertas s.iasatan berhubung is.u pergerakan rentas negeri memba.bitkan pasangan berkenaan sudah dirujuk ke Jabatan P.eguam Negara.

Seremban Dekat Selangor Ke

Kenyataan Seremban terletak di Selangor yang dipaparkan dalam sebuah rancangan televisyen tadi dila.porkan berlaku ekoran kes.alahan pembantu penerbit ketika menaip informasi itu.

Difahamkan, kes.alahan itu dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa sebarang niat lain memandangkan in.siden berkenaan terjadi ketika disiarkan secara langsung.

Menurut sumber, pembantu penerbit rancangan itu menerima informasi tersebut secara langsung sebelum memasukkannya ke dalam sistem untuk disiarkan.

“Panggilan itu secara langsung, pembantu penerbit yang menjawab dan menaipnya. Ketika dalam konti, semua tidak perasan kes.alahan itu,” katanya kepada di sini hari ini.

Rakaman Video

 

Terdahulu, tular di laman Facebook apabila tangkap layar rancangan berkenaan memaparkan kawasan Seremban dimasukkan sebagai sebahagian negeri Selangor.

Sebelum ini, satu surat rasmi kerajaan turut menc.etuskan persoalan orang ramai apabila kawasan Labu yang terletak di Negeri Sembilan dinamakan sebagai sebahagian daripada negeri Selangor.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *