Hiburan

Tajul timang anak kedua, tapi kepala terkehel kena tarik

PENYANYI Tajul Ariff memaklumkan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang Khamis.

Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

“Alhamdulillah, berkat doa korang semua… tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, isteri saya selamat bersalin dengan normal.

“Baby boy, sepasang dah dapat! Walaupun kepala aku terkehel tadi sebab bini aku tarik semasa contraction dia sangat kuat. Nasib baik masih selamat,” katanya.

Perkongsian Tajul di Instagram.

Penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Tajul memberitahu dia akan mendedahkan nama anaknya itu tidak lama lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam hantaran yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana memberi layanan yang baik sepanjang proses bersalin itu.

Tajul bersama isteri dan anak sulung mereka.

“Nama baby nanti Tajul akan umumkan. Terima kasih banyak kerana perkhidmatan terbaik diberi kepada kami dan doktor, jururawat dan staf banyak membantu.

“Terima kasih semua yang mendoakan… sayang korang!” katanya.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

Rata-rata netizan mengucapkan tahniah kepada Tajul dam berkongsi pengalaman masing-masing saat menyambut kelahiran bayi

“Masa bersalin anak sulung, layan contraction 13 jam. Habis tangan lengan laki aku luka² kena cengkam. Dia pesan lepasnie sebelum masuk LR pastikan potong kuku pendek². Bersalin anak no 2 dalam redzone ditemani nurse and doktor, mampu pegang tangan nurse sambil layan contraction, sebab laki aku tkboleh masuk. Tapi ALLAH lebih sayangkan baby. Dia pergi 2 jam selepas aku lahirkan dia Al-Fatihah untuk wildan syurga mummy”

“Hahaha dulu time nak bersalin teringat ade sorg akak ni dekat katil sebelah..tengah sakit nak bersalin,semue nurse cakap “biar2x jangn pegang die”..peliklah kan knpe pulak..rupenye ade nurse tu tolong pegang akak tu sebab kesian tngok sakit2x, sampai merah tangan nurse tu die taknak lepas2x..nurse lain smue pakat tolong nurse yang kne pegang tu..nasiblah lepas”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *