Amalan

Ustaz Azhar Idrus hadir tahnik anak Siti, Sekali Mufti Perlis Bersuara

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memohon maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada 26 April lalu telah menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat.

Sebagai warganegara yang memahami bahawa negara masih dibelenggu krisis kesihatan, Siti Nurhaliza dan Khalid menegaskan, mereka sangat mementingkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan kerajaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bahkan, pasangan itu menegaskan, tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, mereka cuba untuk mematuhinya semampu mungkin.
Justeru, apabila terdapat dakwaan berlaku perlanggaran SOP PKPB berikutan kehadiran seorang pendakwah dari luar Kuala Lumpur ke majlis itu, pasangan itu menjelaskan, sebetulnya, tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku.

“Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” kata Siti Nurhaliza dan Khalid dalam kenyataan bersama yang diedarkan pada Isnin.

Sejak beberapa hari lalu, netizen mempersoal isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila terdapat individu dari luar Kuala Lumpur dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik itu.

Selain itu, Siti Nurhaliza dan Khalid juga memaklumkan, atur cara dan bilangan tetamu yang diundang, mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB seperti seperti yang tertakluk pada tempoh itu.

Majlis itu juga, kata mereka, terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sementara mengenai kehadiran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ke acara tahnik yang berlangsung di sebelah siang bukanlah majlis khas seperti yang disangka.

“Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain,” jelas pasangan itu lagi.

Nama Anak | Muhammad Afwa menjadi pilihan Datuk Siti, Datuk K

Dalam kenyataan itu juga, Siti Nurhaliza dan Khalid berkata, penjelasan itu bukanlah bertujuan untuk mereka mempertahankan diri.

“(Penjelasan) ini bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.
“Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan,” terang pasangan itu lagi.

Dalam masa sama, Siti Nurhaliza dan Khalid berkata, penjelasan ini merupakan kenyataan terakhir mereka dan dalam masa sama berharap perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik.

Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa memohon maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik tempoh hari telah menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat. – Gambar Instagram SITI NURHALIZA

Keperluan ziarah ibu bapa melebihi penuhi undangan artis – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin berpendapat, keperluan menziarahi ibu bapa mengatasi keperluan yang lain.

Menerusi hantaran di Twitter miliknya, beliau berkata, ia termasuk melebihi keperluan memenuhi undangan artis.

“Saya rasa jika hendak dibandingkan pasti keperluan menziarahi ibu bapa melebihi dari keperluan memenuhi undangan artis,” tulisnya.

Namun tidak dapat dipastikan hantaran Mohd. Asri itu ditujukan kepada sesiapa.

Hari ini, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu pada majlis tahnik anak keduanya baru-baru ini.

Sebaliknya Siti berkata, individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

TAMBAHNYA, MENGENAI ACARA TAHNIK SEBELAH SIANG YANG DIHADIRI MENTERI AGAMA, DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, IA BUKANLAH MAJLIS KHAS SEPERTI YANG DISANGKA.

“Sebaliknya beliau hanya singgah bagi menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pendakwah bebas dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus semalam menjelaskan dakwaan bahawa dia telah merentas negeri untuk ke rumah penyanyi Siti Nurhaliza bagi upacara tahnik anak keduanya.

Menurut Azhar, dia secara kebetulan berada di rumah ibu mertuanya yang berdekatan, dan menerima pelawaan suami Siti, Khalid Mohamad Jiwa yang juga merupakan kawannya.

Terdahulu, warga maya menyuarakan rasa kurang senang apabila mendakwa majlis diadakan Siti Nurhaliza itu melanggar SOP berikutan kehadiran beberapa tokoh agama yang didakwa melakukan perjalanan merentas negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *