Hiburan

‘Usah kucar-kacir keadaan!’ Giliran Zul Sound Zed Zaidi

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah Zul Huzaimy menempelak kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melabelkan drama Nur sebagai ‘syok sendiri’ apabila hanya ditayangkan satu episod di stesen TV Indonesia, MNCTV sebelum dihentikan tayangannya, baru-baru ini.

Zul berkata, sebagai ketua kepada persatuan yang memperjuangkan nasib anak seni dia sepatutnya memainkan peranan penting dan bukannya kucar-kacirkan keadaan.

“Kenapa dia perlu cakap begitu. Bukankah dia juga anak tempatan dan seorang pembikin? Apa hasil yang begitu membanggakan dia pernah buat hingga sanggup cakap begitu.

“Maaf cakap, saya menyokong penuh kenyataan Azhan Rani yang mengatakan dia tak layak untuk bersuara. Dia tak patut pertikai kerana sebagai presiden untuk sebuah persatuan dia perlu memainkan peranan penting untuk mengangkat karya tempatan.

“Sebaliknya bukan hanya menanti bila tiba isu-isu panas dan keluarkan kenyataan sebegitu. Budaya ini tak bagus sebab akan kucar-kacirkan lagi keadaan,” katanya.

Menurut Zul, tiada istilah drama tidak berkualiti sebaliknya jika ada dana yang besar pasti karya yang dihasilkan mampu dijayakan dengan lebih baik.

“Daripada dulu lagi, kita sentiasa menambah baik karya tempatan. Cuma, untuk menghasilkan karya yang betu-betul berkualiti perlukan dana yang besar.

“Kalau ada duit lebih dapatlah buat dengan lebih baik. Rasanya perkara seperti ini boleh faham sendiri, lebih-lebih lagi untuk orang yang bertanggungjawab dan diamanahkan dalam sesebuah persatuan yang mewakili anak-anak seni terutama pelakon.

“Saya agak kesal dengan kenyataan seperti itu. Sepatutnya dia antara orang yang mengeluarkan idea dalam memberi ruang dan peluang. Sebagai ketua cari peluang untuk diberi kepada penggiat seni,” katanya.

Sebelum ini, penerbit dan pengarah Shahrulezad membidas kenyataan Zed dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya, atas permintaan peminat drama Melayu.

Difahamkan, drama Nur ditayangkan kembali di Indonesia berikutan desakan peminat drama itu di sana yang marah apabila tayangannya dihentikan.

Azhan Rani Turut Bersuara

Kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi yang mendkwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap ‘syok sendiri’ turut mengundang kemrahan pelakon Azhan Rani.

Malah Azhan menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin waktu tayangan terbaharu drama siri lakonanya Nur yang sebelum ini siarannya ditarik semula selepas episod pertama.

“Acik presiden tu kata drama aku berlakon tu syok sendiri. Tapi kenapa ada jadual baru tayangan Nur sekarang ni kat sana setelah ditayangkan dua pagi. Tayang di dua stesen TV pula tu.

Azhan kongsi waktu siaran baharu drama Nur di Indonesia.

“Memang ada orang berlakon sebab nak glamour. Tapi bukan semua pelakon macam tu. Nawaitu kita berbeza. Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

“Tak ada siapa suruh jual ke sana… yang paling penting kalau gah sangat drama tu kat sana pun, tuan president tu nak berjuang ke hak aku yang kena bayar keahlian Seniman yang setakat menang tepuk saja ni,” katanya.

Sebelum itu, Shahrulezad membidas kenyataan Zed Zaidi dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

Tegas Shahrulezad, dia tidak pernah memaksa mana-mana stesen TV untuk membeli drama Nur, malah keputusan untuk menarik semula tayangan di Indonesia itu pun bukan atas permintaannya.

Sementara itu, Shahrulezad turut mengatakan semua stesen TV tempatan termasuklah kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sepatutnya bekerja keras untuk mengeksport drama Malaysia ke luar negara bukan membawa masuk karya dari luar.

Shahrulezad juga menganggap kenyataan yang dikeluarkan Zed Zaidi itu tidak berasas dan hanya menjawab soalan daripada wartawan tanpa pengetahuan info sebenar.

Drama lakonan Azhan itu turut dibintangi oleh Noor Khiriah.

Dalam pada itu, Azhan mengakui perasaan bangga melihat lakonan Zed Zaidi menerusi filem Sembilu hilang disebabkan kenyataan yang dikeluarkan aktor tersebut.

“Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu. Bila dia yang jadi sembilu terus aku tak bangga dah lagi. Apooo!” ujar Azhan.

Selepas dihentikan tayangan pada episod pertama, drama Nur lakonan Syaq Kyle dan Amyra Rosli kembali bersiaran di stesen televisyen Indonesia bermula Sabtu.

Malah lebih membanggakan, menurut pengarahnya, drama itu akan disiarkan oleh dua stesen televisyen negara seberang itu iaitu MNCTV dan Muslim TV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *