Uncategorized

Tidak memiliki dokumen kebenaran pergerakan, Wanita menangis diarah pusing balik

Jakarta: Seorang wanita menangis apabila diarahkan pihak berkuasa berpatah balik selepas ditahan di sebuah sekatan jalan raya di negara itu.

Dalam rakaman sebuah video disiarkan CNN, wanita itu yang menunggang motosikal pada mulanya ditahan pihak berkuasa di Jayanti, Tangerang, Banten, Selasa lalu.

Siasatan mendapati, wanita itu tidak memiliki dokumen kebenaran pergerakan bagi meneruskan perjalanannya ke Lampung.

Pihak berkuasa lalu mengarahkan wanita itu berpatah balik, namun dia mengalirkan air mata.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan lagi di Jakarta selepas terkesan dengan pandemik Covid-19 dan merayu dibenarkan merentas pulang.

Atas perikemanusiaan, polis itu akhirnya membenarkan wanita itu meneruskan perjalanannya pulang ke kampung halaman.


Indonesia akan melaksanakan larangan mudik iaitu aktiviti merentas wilayah untuk pulang ke kampung mulai esok sehingga 17 Mei.

Mudik adalah aktiviti pergerakan besar-besaran membabitkan jutaan penduduk bandar besar untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Bagaimanapun, ada beberapa lokasi di mana pasukan keselamatan sudah mengadakan sekatan jalan raya bagi mengelak individu yang cuba pulang ke kampung sebelum mudik berkuat kuasa mulai esok.

Berikut reaksi netizan Malaysia

Sementara itu di Malaysia, Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara hari ini menetapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas 6 daripada 9 daerah di Selangor.

Enam daerah tersebut termasuk Hulu Langat, Petaling, Gombak, Kelang, Kuala Langat, serta Sepang berkuatkuasa 6 Mei hingga 17 Mei.

Tiga daerah lain yang tidak terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Hulu Selangor masih dalam PKP bersyarat (PKPB).

Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini – Ismail Sabri

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Aktiviti ziarah kubur juga tidak dibenarkan di kawasan perinatah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ziarah hari raya bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal, dengan sekatan 15 pengunjung saa yang dibenarkan pada satu-satu mata.

Amalan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara.

Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau pula tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *