Hiburan

Zed Zaidi Dakwa Drama ‘Nur’ Kurang Berkualiti, Sekali Azhan Rani sound pedas

Kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi yang mendkwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap ‘syok sendiri’ turut mengundang kemrahan pelakon Azhan Rani.

Malah Azhan menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin waktu tayangan terbaharu drama siri lakonanya Nur yang sebelum ini siarannya ditarik semula selepas episod pertama.

“Acik presiden tu kata drama aku berlakon tu syok sendiri. Tapi kenapa ada jadual baru tayangan Nur sekarang ni kat sana setelah ditayangkan dua pagi. Tayang di dua stesen TV pula tu.

Azhan kongsi waktu siaran baharu drama Nur di Indonesia.

“Memang ada orang berlakon sebab nak glamour. Tapi bukan semua pelakon macam tu. Nawaitu kita berbeza. Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

“Tak ada siapa suruh jual ke sana… yang paling penting kalau gah sangat drama tu kat sana pun, tuan president tu nak berjuang ke hak aku yang kena bayar keahlian Seniman yang setakat menang tepuk saja ni,” katanya.

Sebelum itu, Shahrulezad membidas kenyataan Zed Zaidi dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

Tegas Shahrulezad, dia tidak pernah memaksa mana-mana stesen TV untuk membeli drama Nur, malah keputusan untuk menarik semula tayangan di Indonesia itu pun bukan atas permintaannya.

Sementara itu, Shahrulezad turut mengatakan semua stesen TV tempatan termasuklah kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sepatutnya bekerja keras untuk mengeksport drama Malaysia ke luar negara bukan membawa masuk karya dari luar.

Shahrulezad juga menganggap kenyataan yang dikeluarkan Zed Zaidi itu tidak berasas dan hanya menjawab soalan daripada wartawan tanpa pengetahuan info sebenar.

Drama lakonan Azhan itu turut dibintangi oleh Noor Khiriah.

Dalam pada itu, Azhan mengakui perasaan bangga melihat lakonan Zed Zaidi menerusi filem Sembilu hilang disebabkan kenyataan yang dikeluarkan aktor tersebut.

“Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu. Bila dia yang jadi sembilu terus aku tak bangga dah lagi. Apooo!” ujar Azhan.

Selepas dihentikan tayangan pada episod pertama, drama Nur lakonan Syaq Kyle dan Amyra Rosli kembali bersiaran di stesen televisyen Indonesia bermula Sabtu.

Malah lebih membanggakan, menurut pengarahnya, drama itu akan disiarkan oleh dua stesen televisyen negara seberang itu iaitu MNCTV dan Muslim TV.

Drama ‘Nur’ Didakwa Kurang Berkualiti, Shahrul Ezad Bidas Kenyataan Zed Zaidi

Sebelum ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi didakwa meluahkan rasa kesal berhubung mutu drama tempatan yang hanya mampu disiarkan di Malaysia sahaja. Tambahnya lagi, kualiti drama di Malaysia hanyalah ‘syok sendiri’ dan hal tersebut menjadi punca utama drama tempatan gagal mendapat tempat dalam mana-mana stesen televisyen Indonesia.

Dikatakan drama abang ‘syok sendiri’

Guys. Dikatakan drama abam syok sendiri. Suka hatilah. I dont want get involve with this polemik. Jalan terus jer dak ijat. Kata kata begini tak akan jadi kudis bagi diri abam. Semua orang berhak memberikan pendapat memasing. Lagipun abam bukan buat drama just to please semua orang termasuk sangap nak ke luar negara bagai. Abam buat drama hanya untuk peminat drama Melayu khususnya peminat drama Radiusone.

Untuk pengetahuan anda, yang meniru idea drama abam bukannya abam tapi dari mereka. Yang nak beli drama abam bukannya abam yang paksa tapi stesen mereka yang beria nak beli syndicated right sampai dua season dan yang decide tak nak tayang padahal baru first episod pun bukan abam yang suruh. Tu pun abam dengar mereka akan tayangkan semula drama Nur dengan schedule yang lebih adil katanya. Semuanya gara-gara desakan peminat drama Nur dari seberang yang ‘marah’ bila drama Nur dihentikan tayangan secara tiba tiba.

Rentetan daripada kenyataan Zed Zaidi, pengarah drama Nur iaitu Shahrul Ezad telah tampil dan menjelaskan keadaan sebenar kenapa drama ‘Nur’ arahannya terpaksa dihentikan tayangan di Indonesia. Menurut Shahrul Ezad atau lebih dikenali sebagai budak ijat, dia tidak kisah kalau drama arahannya itu cuma gah di Malaysia sahaja. Tambahnya lagi, semua perhatian ini adalah rezeki dari Allah semata.

Meskipun, hanya lima orang yang menontonnya tapi kalau yg menontonnya ikhlas menyokong dan mendapatkan kebaikan dari drama abam Alhamdullilah. Senang cerita abam tak terlalu ghairah pun nak jadi hero atau pelopor dalam mengeksport drama abam keluar negara sebab hak drama ni bukan di atas tangan abam lagi. Ianya hak milik mutlak TV3. TV3 dan stesen-stesen lain yang patut bekerja keras export drama Malaysia ke luar bukan asyik beli drama luar bawa masuk ke dalam.

Cuma mampu gelak je

Pasal statement shallow Zed Zaidi abam cuma mampu gelak jer. He know nothing pasal issue drama Nur kenapa dikatakan gagal menembusi pasaran di sana. Abam percaya dia main bantai jer apa dia nak cakap. Blur! Janji aku kena jawab soalan reporter ni sebab kalau dia tak jawab nampak sangat dia bodoh kan. So korang sendiri la yang nilai jawaban dia. Bulan bulan poser macam ni abam tak koser nak sentap sentap bagai.

Mengulas mengenai kenyataan Zed Zaidi yang didakwa ditujukan kepadanya, Budak Ijat memberitahu presiden SENIMAN itu tidak tahu langsung mengenai isu drama ‘Nur’.

Guys. Actually abam dapat jadual baru tayangan drama Nur di Indonesia dari minggu lepas lagi. Tapi abam malas nak update kat sini sbb abam macam nak move on jer dengan issue kenapa drama Nur dihentikan serta merta di sana walaupun baru ditayangkan satu episod.

Terbaru, Budak Ijat memuat naik satu posting berhubung jadual baru untuk tayangan ‘Nur’ di Indonesia. Jelasnya lagi, drma tersebut bakal ditayangkan dia buah stesen di negara jiran.

Jangan tanya abam kenapa mereka pull out drama Nur sebelum ni dan sekarang mereka masukkan balik dalam roaster. Cuma mereka yang tahu jawabannya. Tapi dengar kata semua ni berlaku disebabkan desakan peminat peminat drama Nur dari seberang yg marah bila drama ni dihentikan. Katanya lah. Aku tak berani nak kata yer atau tak sebab nanti orang kata abam yang perasan. So kalau betul bagai dikatakan. Alhamdullilah drama yang dikatakan tak ada kualiti dan rating serta syok sendiri ni akhirnya masih ada rezeki ditayangkan di sana.

Di akhir posting tersebut, Budak Ijat meminta Zed Zaidi untuk membaca kenyataannya semula.

Sumber: Shahrul Ezad,  mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *