Amalan

50 Selebriti Di Program Realiti, Netizen Mula Perasan Sesuatu Sampai Pengarah MKN Bersuara

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada para jemaah yang ingin menunaikan solat berjemaah di masjid. Hanya 12 orang sahaja dibenarkan berjemaah dan ianya terhad kepada pegawai masjid dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK).

Namun, menjadi persoalan dalam kalangan netizen baru-baru ini apabila terdapat seramai lebih 50 orang juri yang terdiri daripada selebriti dikumpulkan dalam satu tempat dalam sebuah rancangan realiti.

Program 50 orang juri

All Together Now Malaysia merupakan sebuah program realiti yang diadaptasikan dari British (All Together Now) di mana program ini mengumpulkan 50 orang juri dalam kalangan penyanyi, pelawak, penyampai radio, influencer dan wartawan hiburan untuk mencari penyanyi baharu yang berbakat besar. Peserta perlu menampilkan persembahan yang terbaik untuk mencuri hati barisan 50 juri ini dalam melayakkan mereka ke peringkat seterusnya pula. Hanya seorang peserta sahaja yang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000.

Jemaah di masjid hanya 12 orang saja?


Namun bagaimanapun, rancangan berbentuk hiburan yang diterbitkan oleh salah satu stesen televisyen tempatan itu telah mengundang kecaman penonton. Walaupun rakaman program tersebut dikatakan dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, ada yang mempertikaikan kehadiran dan jumlah selebriti yang ramai dalam satu masa.

Pihak produksi bagaimanapun telah mengambil langkah pencegahan dengan meletakkan cermin penghadang namun kadangkala ada di antara mereka yang bergerak ke tempat rakan selebriti lain

.

Mana SOP?

Sementara itu, pengguna media sosial di platform TikTok pula mempersoalkan SOP yang didakwa tidak dipraktiskan oleh 50 selebriti ini. Beberapa pertikaian yang dipersoalkan termasuklah tidak memakai pelitup muka atau face shield, dan tiada penjarakan sosial 1 meter sepertimana disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKMM diarah si4sat rakaman program hiburan

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke atas sebuah rancangan hiburan terbitan syarikat penyiaran swasta susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Kita sudah maklumkan perkara ini kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program.

“KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan rakaman musim pertama rancangan hiburan, menampilkan 50 juri yang dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman dibuat.

Difahamkan, rakaman program itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sebelum ini, iaitu antara 3 Mac hingga 11 April lalu.

Mohd Rabin berkata, tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika berlaku sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan, walaupun rakaman program terbabit sudah selesai.

“Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

“Kalau ada pelanggaran dia boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku, ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat,” katanya.

Dalam pada itu Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin juga menyuarakan perkara yang sama

“Saya Telah Menerima Satu Gambar Melalui Aplikasi Whatsapp Dari Seorang Sahabat.

“Gambar Tersebut Memaparkan Program Realiti Dari Sebuah Rangkaian Televisyen Berbayar Yang Menunjukkan Seramai 50 juri Dijemput Untuk Mengadili Program Yang Berlangsung.

“Samada Gambar Tersebut Betul Atau Tidak ia Memerlukan Siasatan Menyeluruh oleh Pihak Berkuasa Dikala Negara Kita Diisytiharkan “Lockdown” Yang Menuntut Rakyat Untuk Berada Di

“Rumah Dan Keluar Jika Perlu

“Kalau Dibenarkan Program Ini Telah Berlangsung Maka Bagaimana Pula Dengan Program Di Masjid?

“Pada Hemat Saya, Program Seperti Ini Sangat Tidak Patut Ditayangkan Didalam Keadaan Sekarang..

“Apakah Pihak Tertentu Tidak Sensatif Kepada Masalah Yang Sedang Dihadapi Sekarang?

“Masjid Dihadkan Kepada 12 Orang Untuk Solat Jumaat Tetapi Studio Boleh Pula Dihadiri 50 Orang Juri?

“Juri Sahaja 50 Orang, Berapa Jumlah Team Produksi? Saya Rasa Keluasan Studio Tersebut Lebih Kecil Daripada Keluasan Masjid Pekan Kodiang.

“Saya Harap Agar Pihak Tertentu Lebih Menjaga Sensativiti Umat Dikala Ini..”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *