Amalan

Bekas Pengaman PBB Meremp4t 7 Bwh Jambatan, Ini reaksi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Semalam, MalaysiaGazette mendedahkan kehidupan Suria bersama keluarga di bawah jambatan sejak November 2019.

Bekas pesara tentera itu yang bekerja sebagai penjual buah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tinggal di Flat Sri Sabah bersama keluarga mertua.

Namun gara-gara jumlah penghuni yang ramai di situ melebihi 13 orang, memaksa dia membawa isteri dan anak-anak tinggal di bawah jambatan.

Suria dan Azariyah berkahwin pada tahun 2012, yang mana ia adalah perkahwinan kedua buat mereka dan dikurniakan empat anak iaitu Saidatina Nurain, 9, Shahwal Wafi, 7, Aishah, 5, dan Mawar, 3.

Seorang lagi anak yang tinggal bersama adalah hasil perkahwinan pertama Azariyah.

Dia mendapat pencen tentera sebanyak RM900 sebulan namun perlu membayar kepada ah long sebanyak RM600 sebulan kerana membuat pinjaman untuk modal meniaga buah-buahan sebelum ini.

MAKLUMBALAS VETERAN ATM TINGGAL DI BAWAH JEJANTAS LOKE YEW – 1060450 PREBET SURIA BIN MOHAMAD HASSAN (BERSARA)

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2021 – Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Kementerian Pertahanan telah menerima maklumat berkaitan Veteran ATM, 1060450 Prebet Suria bin Mohamad Hassan (Bersara) yang tinggal dibawah jejantas Jalan Loke Yew 6, Kuala Lumpur. Sehubungan itu, JHEV ATM Selangor/W.Persekutuan telah melakukan lawatan pada 11 Jun 2021.

Hasil siasatan mendapati veteran tinggal di ruangan bawah jejantas Jalan Loke Yew 6, hampir enam bulan mulai bulan Januari 2021 setelah tidak mampu membayar sewa rumah kerana hilang punca pendapatan sewaktu pandemik Covid-19. Pada masa ini beliau tinggal bersama isteri kedua dan empat orang anaknya. Manakala isteri pertama tinggal di rumah pangsa, Cheras berstatus pemilikan sendiri dan mempunyai dua anak yang telah bekerja.

Sebagai makluman, veteran merupakan penerima pencen ATM dan Ex Gratia secara bulanan terkini berjumlah RM 1,108.61. Selain itu, mulai 2019 hingga Mei 2021 beliau telah menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada Veteran ATM iaitu bantuan secara one off Bantuan Harapan Negara (BHN) berjumlah RM 500.00, elaun Pingat Jasa Malaysia (PJM) berjumlah RM 500.00, serta Bantuan Khas Kerajaan (BKK) berjumlah RM 1,250.00.

Berdasarkan hasil siasatan yang diperolehi veteran akan dibantu untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup secara bulanan berjumlah RM 300 dalam masa terdekat dan Yayasan Veteran ATM juga akan memberi bantuan secara one off kepada veteran ATM bagi meringankan bebanan kewangan yang dihadapi olehnya.

JHEV ATM sentiasa peka dan prihatin terhadap kesejahteraan Veteran ATM dengan menyediakan pelbagai bantuan kebajikan dan juga kemudahan perubatan bagi membantu Veteran ATM serta tanggungannya yang memerlukan. Veteran ATM dan tanggungan boleh terus menghubungi mana-mana pejabat Cawangan Negeri yang berdekatan untuk memohon bantuan-bantuan yang disediakan mengikut kelayakan.

Sebarang maklumat bantuan yang disediakan serta informasi terkini boleh diperolehi melalui laman sesawang www.jhev.gov.my atau media sosial JHEV ATM atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan JHEV ATM di talian 03-2697 6600.

JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR

11 JUN 2021

Reda…Sedih Orang Mengata, Hin.a Saya – Pesara Tentera

Bekas pesara tentera, Suria Mohamad Hassan berkata, dia reda dengan segala tohmahan dan kata nista yang dilemparkan terhadap dirinya selama ini.

Bekas anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Bosnia itu berkata, mereka yang berkata demikian tidak berada di tempatnya yang terpaksa menempuh kepahitan hidup sebelum penularan wabak Covid-19 lagi.

Lelaki berusia 59 tahun tu lebih gemar mendiamkan diri dan tidak mahu berkongsi kesusahan hidup dengan sesiapa termasuk kawan rapat.

“Apa yang berlaku (kisah viral) secara mendadak dan saya tidak sangka sampai ke pengetahuan orang atasan sampai ada juga kata-kata yang hina saya.

“Saya terima dan reda apa yang mereka cakap kerana mereka tidak tempuhi apa yang saya lalui pahit maung sebelum Covid-19.

“Saya meniaga macam-macam dan bukan duduk sahaja. Bangun tidur saya meniaga mencari nafkah untuk anak dan isteri kerana itu tanggungjawab saya,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas lawatan ihsan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun di ‘rumahnya’ di bawah jambatan Loke Yew.

Susulan daripada pendedahan itu Rina mengambil inisiatif memindahkan tujuh beranak yang tinggal di bawah jambatan Loke Yew di sini ke rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras serta-merta.

Kata beliau, Suria, isteri bersama lima anak mereka akan ditempatkan di rumah itu selama seminggu.

Jelas beliau, selepas ini pihak kementerian berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mendapatkan rumah yang selesa untuk diduduki dan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Mengenai perancangan selepas ini, Suria memberitahu dia akan meneruskan perniagaan buah-buahan walaupun bakal mendapat kediaman baharu di kawasan lain.

Jelas beliau, pada masa sama, dia akan mendapatkan rawatan terbaik untuk anak kedua dan bongsunya yang mengidap asma dan paru-paru berair.

 


Azariyah Abd Aziz melakukan persiapan di kediaman sementara sebelum dipindahkan ke rumah tetap mereka di Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 JUN 2021.
Selain itu dia juga akan menyelesaikan surat beranak bongsu yang masih belum dibuat gara-gara tidak mampu membayar kos lewat pendaftaran surat itu.

“Saya juga terasa tehutang budi dengan semua pihak termasuk menteri, pengarah, semua sekali, media, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pelbagai agensi dan orang ramai yang memberi sumbangan dan yang masih ingat dengan saya.

“Saya ucap terima kasih dah hanya Allah yang mampu membalas kebaikan semua. Begitu juga dengan kawan-kawan yang telefon dan menangis dengan nasib keluarga saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *