Hiburan

Baru 15 Tahun, Netizen Terkejut Gadis Bawah Umur Berlakon Adegan Suami Isteri Dalam Bilik

Di Twitter, rata-rata netizen membantah dan mempersoalkan kenapa pelakon remaja bawah umur diberi watak sebagai seorang isteri dalam drama bersiri ‘Suara Hati Isteri’ di Indonesia. Menurut netizen, pelakon berusia bawah 17 tahun tidak seharusnya melakonkan aksi orang dewasa.

Baru berusia 15 tahun

Aku mahu cium4n sebagai isteri aku.

Watak Zahra yang dilakonkan oleh Lea Ciarachel dalam drama ‘Suara Hati Isteri’ itu mendapat perhatian ramai apabila pelakon cantik ini baru berusia 15 tahun. Di samping itu, watak tersebut dianggap kurang sesuai kerana Lea terpaksa berlakon aksi orang dewasa bersama suaminya iaitu Pak Tirta (Panji Saputra) yang sudah berusia 39 tahun. Menerusi drama berkenaan, Lea merupakan isteri ketiga Pak Tirta.

Ganti pelakon lain

Berikutan daripada itu, pihak Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) turut tampil membantah tindakan pihak produksi drama tersebut yang dipercayai telah melanggar tatacara penyiaran di stesen televisyen negara republik berkenaan. Justeru itu, stesen penyiaran Indosiar bersetuju untuk menggantikan pelakon wanita lain bagi melakonkan watak Zahra.

Di samping itu, pihak produksi diarahkan untuk menukar jalan cerita drama tersebut. Ini kerana, pihak berkuasa tidak mahu mereka mengajak masyarakat untuk melakukan pernikahan di bawah umur.

Berkahwin untuk menyembunyikan jen4yah

Kekerapan perkahwinan bawah umur hanyalah satu daripada pelbagai pencabulan hak asasi gadis remaja dan wanita di Malaysia.

Joint Action Group on Gender Equality, gabungan organisasi bukan kerajaan di Malaysia yang memperjuangkan kesamarataan gender turut membangkitkan isu yang merisaukan, iaitu m4ngsa rogol dipaksa berkahwin dengan per0gol atau dengan lelaki lain untuk menyembunyikan jen4yah tersebut.

Bayi luar nik4h, atau bayi yang disyaki lahir luar nikah berdepan stigma masyarakat.

Undang-undang yang menghukumkan s3ks luar nikah sebagai jenayah menyebabkan mereka yang belum berkahwin, terutamanya golongan remaja, takut mendapatkan perkhidmatan kesihatan seks.ual dan reproduktif. Mereka juga terdorong berkahwin awal kerana takut didakwa di mahkamah.

Walaupun dasar pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kebangsaan diperkenalkan pada 2012, gadis remaja dan wanita amnya masih berdepan kesukaran untuk memperoleh maklumat mengenai perkhidmatan perancang keluarga dan kesuburan. Di samping itu, khatan perempuan, iaitu membuang bibir genital luar perempuan bukan kerana perubatan – masih berleluasa.

Disebabkan keengganan Dewan Rakyat mengharamkan perkahwinan bawah umur, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan untuk meminda semua undang-undang perkahwinan agar umur minimum berkahwin dinaikkan kepada 18 tahun. Dewan Negara akan membahaskan versi rang undang-undang tersebut – Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 – yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Ketika memeterai Konvensyen Mengenai Penyingkiran Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 1995, Malaysia berjanji akan menunaikan komitmennya demi memastikan kesamarataan hak wanita dan lelaki.

Dalam hal ini, pengharaman perkahwinan bawah umur ialah faktor penting demi merealisasikan kesamarataan hak di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Dewan Negara wajar bertindak untuk melindungi semua anak gadis di Malaysia, tanpa mengira agama, dengan meminda Akta Kanak-Kanak 2001, atau paling tidak, menggubal undang-undang baharu mensyaratkan umur minimum berkahwin bagi semua wanita dan lelaki sebagai 18 tahun, tanpa sebarang kekecualian.

Pautan video di link bawah

https://www.instagram.com/p/CPnc91oLxk4/

Sumber: Kabarkita_id

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *