Amalan

Coca-cola Hormati Pilihan Ronaldo, Sekali Bintang Ukraine Ejek Ronaldo, Pogba

Bucharest: Pemain sayap Ukraine, Andriy Yarmolenko secara berseloroh mengejek Cristiano Ronaldo dengan meminta Coca-Cola dan Heineken untuk menajanya.

Ronaldo, 36, menjadi tumpuan minggu ini pada sidang media selepas dia mengalihkan dua botol Coca-Cola dari mejanya dan meminta orang ramai minum air kosong.

Perkara sama dilakukan oleh Paul Pogba, yang beragama Islam dan tidak meminum alkohol, apabila dia mengalihkan bir Heineken dari mejanya pada sidang media selepas Perancis melakar kemenangan ke atas Jerman.

Bintang Itali, Manuel Locatelli turut mengalihkan botol Coca-Cola dari mejanya pada sidang media.

Bagaimanapun Yarmolenko mengambil pendekatan berbeza pada sidang media selepas Ukraine melakar kemenangan 2-1 ke atas Macedonia Utara apabila dia mengalihkan botol minuman itu ke perhatian kamera.

Pemain West Ham berusia 31 tahun itu berkata: “Boleh saya lakukan sesuatu? Saya nampak Ronaldo melakukan perkara ini.

“Saya mahu mengalihkan (botol Coca-Cola) ke sini dan bir ke sana. Coke dan Heineken, sila berhubung dengan saya.”

Reaksi Yarmolenko hanya beberapa jam selepas pemain antarabangsa Scotland, John McGinn turut melakukan jenaka mengenai botol minuman berkenaan.

Apabila dia tiba di sidang media dan menyaksikan hanya minuman air kosong di atas meja, dia kemudian bertanya: “Di mana Coke?”

Pogba alih minuman keras penaja

MUNICH: Paul Pogba menjadi pemain terbaharu menimbulkan rasa tidak senang penaja Euro 2020 apabila mengalihkan botol bir Heineken yang diletakkan di depannya ketika menghadiri sidang akhbar semalam.

Bintang tengah Perancis itu yang beragama Islam mengalihkan botol berkenaan ketika dibawa memasuk ke bilik akhbar selepas muncul pemain terbaik perlawanan yang menyaksikan pasukannya menewaskan Jerman 1-0.

Perkara tersebut berlaku hanya sehari selepas penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo bertindak mengalihkan botol minuman Coca-Cola yang berada di depannya ketika menghadiri sidang akhbar sebelum pertemuan menentang Hungary.

Tindakan Ronaldo, 36, yang amat mementingkan kesihatan, malah menjerit ‘aqua!’ atau minum air! menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian sehingga AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Akibat insiden tersebut, harga saham Coca-Cola jatuh daripada AS$56.10 (RM231.08) kepada AS$55.22 (RM227.45 sen), malah perbuatannya dianggap menghina penaja.

Bagi Pogba pula, memandangkan pengambilan alkohol adalah haram dan dilarang di dalam Islam, dia mungkin mengalihkan botol minuman tersebut dengan niat enggan menyokong penaja.

Giliran Locatelli pula ketepikan Coca-Cola [VIDEO]

Pemain tengah Itali, Manuel Locatelli menjadi pemain terbaru mengetepikan botol Coca-Cola di meja sidang media Euro 2020, malah turut meniru Cristiano Ronaldo dengan menyebut ‘Agua’.

Bintang Portugal itu kelihatan ngeri melihat minuman bersoda di atas meja ketika menghadiri sidang media awal minggu ini, apabila mengetepikan botol berkenaan dari pandangan kamera dan mengangkat minumannya (air kosong) sambil menunjukkan ke arah kamera.

Tindakan Ronaldo menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) tatkala pemain bola sepak terkenal itu menyeru jutaan peminatnya agar memilih untuk mengambil minuman air kosong.

Situasi yang hampir sama dapat dilihat semalam apabila pemain tengah Perancis, Paul Pogba, cuma bintang Manchester United yang beragama Islam itu mengetepikan b.ir Heineken.

 

Terbaru Locatelli pula menjadi pemain ketiga mengetepikan minuman yang menjadi penaja Euro 2020 dan menggantikan dengan minuman kosong miliknya sendiri.

Pemain tengah Sassuolo itu mempamerkan permainan berkelas dunia untuk membantu Itali mencatat kemenangan 3-0 ke atas Switzerland pagi tadi, dengan meledak dua gol dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Apabila dia tiba di sidang media selepas perlawanan dia segera mencari botol untuk diletakkan di tengah meja dengan mengetepikan minuman Coca-Cola dan meletakkan air kosong, sambil meniru gaya Ronaldo, ‘Aqua’ atau ‘Acqua’ mengikut bahasa Itali.

Coca-cola hormati pilihan Ronaldo

London: Coca-Cola menegaskan ‘setiap orang berhak untuk memilih minuman mereka’. Itu reaksi balas syarikat minuman terbesar dunia selepas Cristiano Ronaldo mengetepikan dua botol minum itu pada sidang media Euro 2020 semalam.

Pemain berusia 36 tahun yang mementingkan kesihatan memberi reaksi serius apabila melihat minuman soda itu diletakkan di hadapannya sebelum sidang media bermula – membuatkan dia mengetepikan minuman itu dan memaklumkan kepada peminat untuk ‘minum air kosong’.

Syarikat minuman itu yang menjadi penaja Euro bertindak balas dengan memaklumkan secara terang-terangan bahawa setiap orang mempunyai ‘selera dan keperluan’ masing-masing.

“Pemain ditawarkan air disamping Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media,” kata jurucakap.

Bintang Portugal itu antara pemain bola sepak terbaik dunia cukup terkenal dengan diet dan gaya kehidupan sihatnya.

Tumpuan kepada tahap kecergasan dan kehidupannya itu membolehkannya terus bermain di peringkat elit biarpun sudah berusia 30-an ketika ramai pemain mengundurkan diri.

Dia sebelum itu mendedahkan enam makanan yang diambil untuk diet harian adalah buah yang banyak, sayuran dan protein seperti ikan atau ayam yang dimasuk tanpa minyak.

Ap kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *