Uncategorized

Dakwaan akan tinggalkan PN, ini jawpan padu Nik Abduh

Pas menafikan dakwaan yang tular di media sosial sejak Isnin yang mengaitkan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akan meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, dakwaan tersebut adalah fitnah jahat bertujuan untuk memecah belahkan Pas dan PN.

“Saya jawab mudah saja, sebab apa tidak sebut 19 MP (ahli Parlimen) Pas keluar, tidak sokong PN, baru ‘rare’.

“Tujuan fitnah ini adalah untuk memecah belahkan Pas dan PN serta menimbulkan keresahan rakyat bahawa kerajaan PN akan jatuh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Menurut Idris Ahmad, fitnah tersebut disebarkan untuk mengalih isu masalah dalaman musuh PN dengan modus operandi yang menyasarkan fitnah terhadap semua pimpinan Pas.

“Mereka mahu pemimpin leka dan sibuk menjawab soalan fitnah hingga lupa untuk menerangkan mengenai perjalanan parti.

“Mereka juga hanya nak menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli parti supaya kejayaan untuk beri vaksin pada rakyat ditenggelamkan,” jelas beliau.

Sementara itu, Nik Abduh dalam satu hantaran di Facebook beliau mengingatkan supaya tidak bermain dengan fitnah.

“Janganlah bermain-main dengan fitnah. Anda sedang mempermainkan peringatan besar Nabi kepada umatnya di akhir zaman.

“Ia merosakan hati dan memalingkannya daripada menerima dan mencintai kebenaran,” katanya.

“Berd0sa Saya Jika L4nggar PAS,”-Nik Abduh

Kota Bharu: Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan gambar tular yang mendakwa beliau keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan PAS.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu juga menegaskan, sehingga kini masih bersama PN dan Ahli Parlimen PAS.

“Saya ahli (dalam kerajaan PN) dan Ahli Parlimen PAS. Berdosa saya jika langgar PAS. Besar pahala saya jika istiqamah dengan PAS,” katanya yang dihubungi menerusi WhatsApp bagi mengulas perkara itu, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memuat naik hantaran di Facebook miliknya dengan mengingatkan semua pihak supaya tidak memfitnah.

“Janganlah bermain-main dengan fitnah. Anda sedang mempermainkan peringatan besar nabi صلي الله عليه وسلم kepada umatnya di akhir zaman.

“Ia merosakkan hati dan memalingkannya daripada menerima dan mencintai kebenaran,” katanya.

Terdahulu, tular sekeping gambar Nik Mohamad Abduh di media sosial yang bertulis ‘Saya ikut jejak UMNO keluar kerajaan PN PAS, PPBM, Perikatan Nasional. Insya-Allah bersama tujuh ahli Parlimen PAS’

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *