Amalan

Tvlar Kempen bendera putih, sekali Nik Abduh Bagi Cadangan Lain

Kempen bendera putih yang tular sejak baru-baru ini merupakan bukti kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menjaga kebajikan rakyat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Menurutnya, kempen yang bertujuan memberikan sokongan dan bantuan keperluan harian kepada isi rumah yang hilang pendapatan itu menunjukkan yang rakyat sudah tidak mampu menanggung kesan w4bak C0vid-19 dengan mengharapkan bantuan daripada kerajaan.

Ia, kata Shazni, diburukkan dengan kelembapan agihan bantuan kerajaan sehingga menyebabkan rakyat tertekan daripada aspek ekonomi dan mental, serta pelan bantuan yang tidak menyeluruh.

“Kadar kem4tian daripada kejadian bunu.h diri melonjak naik sejak pelaksanaan PKP yang sudah memakan masa hampir dua tahun.

“[…] Kempen yang ditularkan ini adalah bukti yang jelas bahawa kerajaan gagal memberikan tumpuan terhadap kebajikan rakyat semasa pelaksanaan PKP.

“Kerajaan terlalu sibuk mencari pelbagai alasan dan peluang untuk terus mengekalkan kuasa tanpa ada sekelumit perasaan simpati terhadap masyarakat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kempen bendera putih itu meminta pihak yang terputus bekalan makanan untuk menaikkan bendera putih di rumah masing-masing sebagai isyarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Tidak jelas bagaimana atau bila kempen itu dimulakan, tetapi semakin banyak berkongsi variasi mesej yang sama sejak petang semalam.

Antara pesanan yang turut disertakan ialah agar rakyat tidak mengambil tindakan drastik dalam menghadapi kesulitan, di tengah semakin banyak kes bunuh diri dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

Pemuda PH, kata Shazni, menyokong penuh kempen “Kibarkan Bendera Putih” ini bagi membantu individu atau keluarga yang terkesan supaya mereka dapat terus bertahan sehingga negara keluar daripada wabak Covid-19.


Semnentara itu, Biro Mobilisasi Amanah akan menaikkan bendera putih di seluruh negara esok.

Mesej WhatsApp dari ketuanya, Mohd Sany Hamzan mengatakan setiap kawasan harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 bendera putih. Dia mengesahkan mesej itu sahih ketika dihubungi hari ini.

Sany memberitahu Malaysiakini objektif mereka itu adalah agar pemimpin kerajaan Perikatan Nasional meletakkan jawatan.

“Kami tuntut kerajaan pusat yang gagal ini untuk letak jawatan dan berikan mandat kepada parti yang mempunyai mandat rakyat,” katanya.

Dia juga menafikan bahawa ini akan mengalihkan perhatian dari kempen bantuan.

“Bendera yang kita akan naikkan ini bukan di rumah. (Tetapi) di tempat awam macam di jalan raya, sign board jejantas.

“Yang memerlukan bantuan mereka akan naikkan bendera di rumah mereka sendiri,” katanya.

Tafsiran orang Polit dan Rakyat Berbeza

Dalam pada itu netizan tampil menyuarakn pendapat maisng-masing mengenai idea pemasangan bendera puteh

“Idea bendera putih untuk mereka yang memerlukan bantuan ni bagus. Sekurang-kurangnya kita tahu siapa yang memerlukan bantuan dan boleh terus hulurkan bantuan.

Tapi bila dapat kat orang politik…”

Nik Abduh: Berdoa bila hadapi ujian, bukan angkat bendera putih

Rakyat tidak sepatutnya diajar mengalah dengan mengangkat bendera putih apabila berdepan ujian Allah SWT, kata pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Aziz.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, sebaliknya mereka yang diuji perlu menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT.

“Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan.

“Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kenyataan itu hadir ketika sejumlah pengguna media sosial menggerakkan kempen kibar bendera putih.

Kempen itu meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing untuk membolehkan mereka dibantu.

Kempen itu juga bagi memberi isyarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.

Tidak jelas bagaimana atau bila kempen itu dimulakan, tetapi semakin banyak berkongsi mesej yang sama sejak petang semalam.

Antara lain, mesej seumpamanya disertakan dengan pesanan agar tidak mengambil tindakan ‘drastik’ dalam menghadapi kesulitan.

“Kepada yang susah, tiada makanan, naikkan #benderaputih di rumah anda, biar orang sekeliling membantu setakat yang termampu.

“Jangan ambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih.

Semoga ada yang datang membantu,” kata pengguna Twitter @JawaJohor2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *