Amalan

Ingat dah settle, Ibu Yg Tertukar Anak Buat Lap0ran P0lis. Ada benda tak betul bila dia check lengan anak

Kuala Lumpur: Usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suaminya berdepan saat mencemaskan apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, hari ini.

Kejadian itu dikongsikan beliau melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula 7.40 malam tadi.

Siti Suriani berkata, beliau melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam, awal pagi semalam dan pihak hospital membenarkan beliau serta bayinya pulang ke rumah, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

“Saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya. Saya tidak pasti bagaimana kejadian tertukar anak ini boleh berlaku.

“Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada semalam pada jam 2.30 pagi,” katanya, lapor BH Online.

Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, beliau dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun terdetik di hati saya wajah bayi ini berbeza,” katanya.

Difahamkan, Siti Suriani melahirkan bayi lelaki kira-kira 2.30 pagi semalam yang juga anak keduanya selepas berkahwin pada April 2019 pada usia 19 tahun.

Menerusi perkongsian FB Live itu, Siti Suriani yang turut dikenali sebagai Siti Pok Pek turut membuat penstriman secara ‘live’ perjalanan beliau bersama suami dan bapa mentuanya ke hospital untuk memulangkan semula bayi dalam jagaannya dan mengambil bayinya semula.

Sebaik sampai, suami dan bapa mentuanya bertemu pihak hospital yang kemudian mengesahkan bayi itu tertukar.

Siti Suriani yang menunggu dalam kenderaan sempat dimaklumkan oleh suaminya yang bayi mereka berada di hospital sebelum penstriman ‘live’ itu terhenti selepas hampir sejam 49 minit bersiaran.

Video rakaman FB Live berkenaan mendapat 1.3 juta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizan memberi semangat kepada Siti Suriani menghadapi detik cemas itu, selain ada yang mencadangkan beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak hospital kerana cuai.

Selain itu, ada juga memintanya terus berhubung dengan keluarga bayi yang tersalah diberikan kepadanya itu kerana beliau sudah menjadi ibu susuan bayi berkenaan.

Berdasarkan FB Live terbarunya malam ini, Siti Suriani memaklumkan beliau sudah menemui bayinya itu.

Cuma satu lagi keb.imbangan setelah mendapat semula anaknya adalah tiada k.esan s.untikan di lengan bayi berkenaan dan membuatkan Siti Jamumall musykil dengan pengurusan hospital berkenaan.

Tak nampak kes4n su.ntik

Ada satu lagi kebimbangan setelah mendapat semula anaknya adalah tiada kesan suntikan di lengan bayi berkenaan dan membuatkan Siti Jamumall musykil dengan pengurusan hospital berkenaan.

Assalamualaikum semua, pagi ni siti terdetik hati nak check kt lengan anak ada s.untikan tak.. Allahu tk nmpk apa k.esan pun di tgn. Memang mcm ni ke? Rasanya anak pertama ade bekas. Wallahuallam.. Apa pun pagi ni nak pergi bawa ke h.ospital semula untuk checkup. Risau x tally semua info baby.

Bawa Checkup

Tular di media sosial sejak semalam apabila pengasas laman web Jamumall yang dikenali sebagai Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani membuat live di FB mendakwa anak yang baru dilahirkan telah tertukar semasa dibawa pulang dari hospital.

Perkongsiannya sangat mengejutkan kerana ‘tag’ nama ibu dan anak yang dibawa pulang berbeza. Hal tersebut membuatkan ramai warganet panik.

Anggap ini satu pengajaran

Live FB berdurasi 2 jam itu tular dan membuatkan ramai tertanya-tanya kelanjutan kisah Siti Jamumall selepas dia bergegas semula ke sebuah hospital di Shah Alam bagi menguruskan hal berkenaan bayinya itu.

Selepas beberapa jam, wanita berusia 22 tahun berkenaan kembali membuat live dengan mengucapkan terima kasih diatas keprihatian semua terhadapnya. Dia menganggap peristiwa tersebut sebagai salah satu pengajaran yang tak akan pernah dilupakan.

Syukur dapat semula anak

Dia juga telah mendapatkan semula bayinya yang tertukar dan berasa lega walaupun kecu4ian tersebut bukan datang darinya ataupun ibu bapa dari bayi yang dibawa pulang.

Perbualan dengan ibu bayi yang tertukar

Dalam perkongsiannya lagi, dia sempat memuat naik perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dengan ibu yang membawa pulang anaknya.

Masing-masing meluahkan rasa terkilan dan sangat bimbang ketika mendapat tahu bayi mereka tertukar. Namun, keduanya mulai tenang dan mengakui sudah menganggap anak masing-masing seperti anak sendiri memandangkan sudah menyusukan mereka.

Dah letak nama anak untuk ibadah Qurban

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan sudah mendaftar nama anak untuk ibadah Qurban nanti namun tidak menyangka anak tersebut bukan miliknya.

Apa kata anda?Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *