Amalan

‘Jadi bod0h-bod0h’: Nasihat Ustaz Dusuki Ini Buat Ramai Wanita Terfikir

Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil mempertahankan kenyataan penceramah motivasi, Dr Muhaya Muhamad berhubung kenyataan perempuan perlu jadi “b0doh-b0doh”.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, dia telah mendapatkan penjelasan Muhaya yang memaklumkan dia tidak pernah meminta golongan wanita di negara ini perlu menjadi b0doh.

Sebaliknya kata Ahmad Dusuki “jadi b0doh-b0doh” yang dimaksudkan penceramah motivasi itu ialah tidak meninggikan diri ataupun berlagak.

“Bila disebut b0doh-bod0h bukan bermaksud membod0hkan diri, ini tidak (b0dohkan diri). Tetapi maksudnya untuk menundukkan diri kita ataupun menjadikan diri kita tawaduk.

“Bila tawaduk menyebabkan diangkat darjat di sisi Allah SWT yang membuatkan orang perempuan mudah mendapat jodoh.

“Jadi kita tak payahlahh besarkan kalimah yang disebut itu,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Muhaya yang dikenali sebagai pakar motivasi terkenal itu menerima pelbagai reaksi – termasuk negatif – selepas berkongsi satu video berjudul Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh.

Melalui video berdurasi 56 saat itu, Muhaya berpendapat, wanita tidak perlu terlalu berusaha untuk menyaingi kaum lelaki.

Dia sebaliknya berkata, lelaki akan menyukai seseorang wanita jika dia memiliki perwatakan lemah lembut serta bergantung harap pada bantuan pasangannya.

“So orang perempuan, walau macam mana you all, please, mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki.

“Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti kamu sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosteron meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambatlah jodoh,” katanya melalui video tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas berkata, orang perempuan perlu tawaduk jika tidak mahu lambat jodoh.

“Bila kita ni orang perempuan meninggikan diri ataupun dia berlagak, ia menyebabkan akhirnya ianya terjauh daripada orang yang nak dekat dengannya, itu asalnya,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas terkanal Bro Firdaus Wong tampil mengulas isu yang sama. Beliau menegur sikap orang Islam dalam mengkritik sesuatu perkara dengan beradab

“Boleh tidak bersetuju tetapi di manakah adab & akhlak kita dengan orang lebih tua? Saya ada perkara kurang setuju dengan orang lain begitu juga orang lain ada yang tidak bersetuju dengan kita tetapi adab mesti jaga.”

” Bila saya tengok video itu, saya yang berbangsa Cina ini pun faham maksud ‘buat bodo-bodo’ takkan yang lain tak faham? Bab testosteron, biar pakar menjawab. Isu garpu tala, kami akan ulas nanti.”

” Apa lagi perkataan atau ungkapan yang seringkali orang salah faham selain ‘buat bodo-bodo’?”

Firdaus juga ada berkongsi kisah Mee B0doh yang agak popular di Melaka

Mee Bod0h

” Di Melaka, ada satu gerai yang menjual mee goreng bodoh. WHAT??? Mee goreng bodoh? Takde ke nama lain?”

Ya memang namanya Mee Bodoh yang dijual di gerai Pak Hassan. Cara masaknya simple sahaja, mee, kicap, sambal & taugeh, bereh boh. Harganya pun murah. Nak Topup telur goreng pun boleh”

“Yang masak & jual tak bodoh kerana mee bodoh laku keras. Yang datang makan pula tak terus jadi bodoh kerana ada je peguam, doktor, jurutera, businessman dan pendakwah yang makan”

“Cuma lepas makan nampak macam ‘diperbodohkan’ kerana akan datang makan lagi”

“Anda pernah rasa Mee Bodoh ini atau ada makanan lain yang namanya unik dan sedap?” soal Firdaus Wong

Kalau takut dengan yang pandai, dialah yang ‘bingai’ – Sharifah Amani

PETALING JAYA – Aktres Sharifah Amani membidas dengan penuh sinikal kenyataan pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang sebelum ini mengatakan kaum wanita perlu ‘bodoh sikit’ supaya jodoh datang cepat.

Amani atau nama lengkapnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menerusi satu ranjutan ciapan ringkas Twitter berkata, dirinya tidak perlu jadi bodoh untuk bertemu jodoh.

“Jodoh saya sudah tertulis oleh Yang Maha Kuasa. Saya percaya dan saya berusaha untuk kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga sementara tunggu apa yang sudah tertulis buat saya.

“Tak payah jadi bodoh. Pegang pada iman, percaya dengan Allah. Insya-Allah, nanti dia (jodoh) sampai,” ciapnya.

Dalam pada itu, pelakon filem ikonik Sepet itu sempat memberi peringatan kepada orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin walaupun kecoh isu jodoh dan bodoh.

“Jodoh ke, tiada jodoh ke, akhirnya nanti k.ubur tetap sorang tau. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Amani turut membalas ciapan seorang netizen yang mengatakan, tak perlu jadi bodoh untuk jodoh. Nanti terjodoh dengan yang bodoh.

Balas Amani: “Kalau dia takut dengan yang pandai, dialah yang ‘bingai.”

Semalam, tular dalam media sosial apabila Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.

Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh.

“Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya.

sumber: hmetro, Firdaus Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *