Uncategorized

Mubarak Majid cerita perkara sebenar mcm mana no hp dia boleh hantar wassap mintak duit

GARA-GARA terpedaya dengan individu tidak dikenali di Facebook, pelakon veteran Mubarak Majid mengakui ia menjadi punca beberapa kenalannya termasuk dalam kalangan selebriti menjadi mangsa scammer.

Menjelaskan perkara itu, Mubarak, 63, berkata kecuaian berkongsi kod pengesahan yang dihantar ke telefonnya membuatkan aplikasi WhatsApp miliknya itu dig0dam individu tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya saya diperdaya oleh rakan daripada Facebook yang saya tidak kenali, dia minta verification code WhatsApp dengan saya.

“Awalnya saya tak nak bagi, tapi dia pujuk dan memberitahu WhatsApp saya ada masalah dan perlu diperbetulkan, saya pun bagi… tiba-tiba WhatsApp sudah tidak boleh digunakan.

Perkongsian Mubarak Majid di Instagram miliknya.

“Saya pun tak tahu macam mana boleh percayakan dia sedangkan tak kenal… maklumlah saya mana la tahu tentang benda ni semua,” katanya kepada mStar.

Pelakon drama Cukup Derita Itu turut meminta mana-mana individu yang membuat pemindahan wang kepada akaun scammer itu untuk membuat laporan polis.

Kata Mubarak, setakat ini enam orang teman rapatnya tampil memberitahu terpedaya dan membuat pemindahan wang dalam jumlah yang banyak ke akaun individu tidak dikenali itu.

Saya pun tak tahu macam mana boleh percaya dengan dia sedangkan tak kenal.

“Setakat ni yang saya dimaklumkan oleh mereka ada lima atau enam orang yang telah memindahkan wang… salah seorangnya Bell Ngasri.

“Saya tak tahu berapa jumlah keseluruhan yang scammer tu dapat tapi dalam anggaran lebih RM10, 000 dan pelaku masih belum ditangkap,” ujarnya.

Dalam pada itu Mubarak berkata, di sebalik kejadian bur.uk itu dia menyedari ramai individu yang masih ambil berat tentang keadaannya dan sudi membantu sekiranya dia betul-betul dalam situasi tersebut.

“Saya tak sangka rakan-rakan saya boleh tertipu, mungkin mereka terlalu baik dan ikhlas nak membantu tapi sayangnya bukan saya dalam situasi itu.

“Saya juga sedar rupa-rupanya masih ada orang sayang dan ambil berat jika saya betul-betul susah. Mereka kawan yang baik dan saya rasa terharu sangat.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa individu menuntut agar dia membayar semula wang yang sudah dipindahkan kepada scammer tersebut.

“Ada beberapa orang yang hubungi saya untuk minta ganti rugi. Saya cuma boleh minta maaf.

“Mungkin saya boleh ganti sekiranya ada rezeki lebih tapi bukan dengan jumlah yang penuh sebab kerja saya pun terkesan,” ujarnya.

Sebelum ini, aplikasi WhatsApp pelakon Mubarak Majid digodam scammer untuk memperdaya rakan-rakan dalam senarai telefon bimbitnya.

Mubarak kemudiannya segera membuat laporan di Balai Polis Sri Gombak pada petang, Rabu.

‘Dia Kata Nak Bayar BaIik Esok. Saya Dah Transfer RM1OOO’ – Bell Ngasri Akhirnya Trpaksa Repot PoIis

” Saya ingatkan abang Mubarak terdesak nak pakai duit”

Itu kata-kata pelakon Bell Ngasri yang tidak menduga perasaan kasihan dan simpati dengan nasib rakan industri namun sebenarnya beliau telah tertipu oleh pihak lain.

Menurut Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 41, beliau terpedaya dengan taktik scammer yang menggunakan nombor telefon pelakon Mubarak Majid dalam menjalankan kegiatan itu.

Tambah Bell, dia telah membuat pemindahan wang sebanyak RM1,OOO tanpa berfikir panjang dengan niat membantu Mubarak yang dikatakan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

” Ye betul saya terkena, masa tu saya WhatsApp dengan dia panjang lebar sebab nak tahu cerita sebenar.

” Saya ingatkan yang abang Mubarak sekarang memang perlukan duit sebab terkesan dengan PKP.

” Katanya dia nak bayar balik esok… sekarang saya baru sedar dah kena kncing (tipu).

” Lagipun dia bukan orang lain, kami dah lama kenal dan kami sedang buat job bersama.

” Pada awalnya saya transfer RM1,000… kemudian orang tu minta lagi tapi saya tak sempat transfer saya cakap saya akan ke bank. Dia nak RM2,1OO semua sekali,” katanya kepada mStar.

Ujar Bell, selang beberapa jam membuat transaksi berkenaan dia menerima pesanan daripada rakan artis lain yang hampir terpedaya dengan individu tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Bell, pada awalnya dia berasa hairan apabila individu berkenaan meminta dia melakukan pemindahan atas nama seorang lelaki tidak dikenali, namun scammer itu memaklumkan akaun tersebut adalah milik rakannya.

” Masa saya transfer saya memang check nama pemegang akaun tu nama orang India. Abang Mubarak (scammer) kata tu akaun kawan dia sebab akaun dia kena sekat.

” Saya bagi je la, lepas tu kecoh dekat dalam group yang kawan-kawan lain pun terima pesanan WhatsApp yang sama,” ujarnya.

Selain Bell Ngasri, pelakon lain seperti Liza Abdullah, Lan Zailan dan Nadia Kasuma juga hampir diperdaya scammer terbabit.

Jadi pengajaran

Pelakon filem 18 Puasa ini berkata, dia menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran agar tidak mudah percaya kepada mana-mana individu terutamanya melibatkan soal wang ringgit.

” Saya ambil ni sebagai pengajaran, sepatutnya selidik sebelum bagi dan membuat keputusan. Saya akan buat laporan poIis untuk pastikan orang ni diambil tndakan.

” Macam-macam penipuan boleh berlaku sekarang ni, ini benda yang baru dengan helah menggunakan data peribadi kawan kita sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, aplikasi Whatsapps pelakon Mubarak Majid telah digodam oleh seorang lelaki dan digunakan untuk memperdaya rakan-rakan dalam senarai telefon bimbitnya.

Mubarak telah membuat laporan poIis di Balai PoIis Sri Gombak kira-kira pukul 5 petang, Rabu.

Sementara itu menerusi satu hantaran di Instagram, Mubarak turut memaklumkan mengenai akaun Whataspp beliau yang digodam.

” Assalamualaikum, akaun Whatsapp saya sudah digodam dan disalahgunakan. Jangan beri wang untuk dipinjamkan, ini adalah satu penipuan” tulis Mubarak.

Perkongsian itu turut meraih berhatian rakan-rakan artis yang turut memberitahu mereka sudah mendapat mesej daripada individu yang menggodam nombor Mubarak itu.

Menurut mereka, penggodam telah menghantar pesanan Whatsapp meminta untuk meminjam wang.

” Astaghfirullahala’zim.. Mesti ayat dia sama ajar.. “Assalamualaikum kat mana, boleh minta tolong bank in Ke akaun Abang 300.00 pas tu esok Abang bank in balek 320.00..” tulis Syamsul Ghau Ghau.

Sumber:mstar dan IG Mubarak Majid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *