Entertainment

Makk Ny4hh Cun Kena Kuarantin Dgn Semua Lelaki, Sekali Lain Yg Jadi

“Mula-mula masuk rasa seganlah, tapi dalam sehari dua saya dah dapat biasakan diri,” kata mak nyah dikenali sebagai Lala, 26, yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Pasir Gudang, di sini.

Dia ditempatkan di PKRC itu pada 21 Mei hingga 29 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Lala berkata, ketika mula ditempatkan di situ, dia segan dan malu, namun lama kelamaan dia dapat menyesuaikan diri.

“Syukur alhamdulillah… kami semua dah macam satu keluarga. Tak ada yang menyakat, semua dah macam kawan dalam PKRC.

“Di PKRC layanan semua baik, banyak aktiviti yang kami buat dalam itu termasuk bersenam, malah saya juga ada bantu pasukan Ihsan Johor jalankan aktiviti untuk penghuni PKRC.

“Saya ucapkan terima kisah pada pasukan Ihsan Johor dan PKRC Pasir Gudang kerana menjaga kami dengan baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut, Lala berkata, ketika mula-mula disahkan positif Covid-19, dia mengalami simptom seperti demam dan sakit kepala beberapa hari.

Katanya, apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hendak menghantarnya ke pusat kuarantin, dia berasa sedih dan emosinya sangat terganggu.

“Mak (ibu) beri kata-kata semangat kepada saya. Apabila masuk pusat kuarantin, saya murung sekejap, duduk dekat katil sahaja.

“Sampaikan kawan di PKRC itu yang ambilkan makanan, alhamdulillah bila dah rapat dengan mereka, semua macam satu keluarga.

“Saya tenang dan bahagia sampai satu masa bila dah dibenarkan pulang, semua rasa sedih,” katanya.

Mengenai gambar dan video yang tular di media sosial, Lala berkata, dia tidak kisah mengenai pandangan negatif masyarakat.

Katanya, ada warganet yang baik dan mendoakan perkara positif buat dirinya.

“Saya tak kisah pun, tetapi saya ambil komen yang postif sahaja daripada memikirkan komen n3gat1f warganett,” katanya

Sejak 1 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pes4kit C0VID-19 Tahap Satu dan Dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan.

Pasukan khas sudah diwujudkan di peringkat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), peringkat negeri dan daerah bagi memantau pesakit yang dirawat di rumah.

Dalam pada itu, Dr Adham meminta orang ramai yang dikesan positif C0VID-19, supaya pergi ke Pusat Penilaian C0VID-19 (CAC) di daerah masing-masing bagi mengelakkan kesesakan sesuatu tempat.

“Memang tiga hari lalu, kesesakan CAC Malawati meningkat kepada 1,700 kes sehari sama ada dirujuk dari pejabat kesihatan daerah (PKD), hospital ataupun makmal swasta atau awam mereka yang mana mereka perlu diberikan penilaian risiko untuk menentukan sama ada boleh dirawat di rumah, hospital atau PKRC.

“Tetapi lokaliti CAC Stadium Melawati hanya (beroperasi hingga) jam 9 malam dan ia bukan satu-satunya CAC di daerah Petaling Jaya, kerana ada CAC lain di Hulu Langat dan Kajang.

“Saya juga sudah mengarahkan supaya jumlah petugas CAC di Stadium Malawati ditambah dan kemungkinan untuk membuka satu lagi CAC yang besar kita akan ambil maklum nanti, tetapi kita perlu memanfaatkan semua CAC yang ada di setiap daerah di Selangor.

“Kita akan bantu supaya isu berkaitan dengan kehadiran yang ramai di sesuatu CAC dapat diuruskan dengan baik dengan bantuan polis, tentera dan pihak kuasa tempatan,” katanya.

Katanya, kes Selangor meningkat disebabkan adanya ujian RT-antigen yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri serta saringan ujian oleh KKM.

“Oleh itu keses4kan berlaku jika di tempat CAC dilaksanakan proses menguji RT-antigen atau PCR. Jadi kita usaha sedaya upaya memastikan penempatan petugas di Stadium Malawati dapat dipertingkatkan,” katanya.

Kredit:HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *