Hiburan

Rama Pertikai, Sekali Farid Kamil Bagitahu Macama Mana Dia Setanding Dgn Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya sudah bersedia bersara daripada industri hiburan pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 40, memaklumkan keputusan itu dibuat bukan disebabkan tekanan akibat kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini.

Sebaliknya, katanya, keputusan itu akan menjadi kenyataan apabila kehadirannya dalam industri seni sudah tidak diperlukan.

“Saya sudah bersedia untuk bersara pada bila-bila masa jika sudah tidak diperlukan lagi. Apakan daya, takdir juga menentukan segala-galanya.

“Sebagai pelakon, modal kita pada instrumen iaitu tubuh badan. Kalau tidak mampu memberikan alunan atau getaran sama, bermakna di situlah titik yang menjadi pemisah untuk bersara atau sebaliknya,” katanya pada sidang media drama Masih Ada Rindu secara virtual, hari ini.

Pengarah filem Remp-It itu turut memaklumkan alasan lain yang membuatkannya terdetik meninggalkan dunia seni selepas cita-cita yang diimpikan selama ini hampir terlaksana.

Lagi Enam Akan Menyamai Jumlah Filem Lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

“Impian saya membintangi 100 filem. Sedar tak sedar hingga hari ini, saya sudah membintangi 60 filem, lagi enam akan menyamai rekod Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Lagipun sebagai hero filem di Malaysia, sejauh mana seseorang pelakon mampu bertahan? Apapun, ia berbalik kepada rezeki masing-masing,” ujar suami kepada aktres Diana Danielle itu.

Selepas empat tahun, Farid Kamil muncul dengan drama Masih Ada Rindu bergandingan dengan Mimi Lana menerusi slot Akasia di TV3. – Foto TV3
Antara filem pernah dibintangi aktor tinggi lampai itu termasuklah Mistik, 7 Perhentian, Remp-It, Anak Halal, Lagenda Budak Setan, J Revolusi dan akan datang Remp-It 2.

Tambah Farid, pembabitan anak sulungnya, Muhammad dalam dunia perfileman memberi isyarat yang dirinya sudah sepatutnya bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

“Apabila bercakap soal pelakon bersara ini agak sukar kerana tiada peringkat umur tertentu untuk berbuat sedemikian. Tetapi, apa yang saya cuba disampaikan adalah saya sudah bersedia.

“Tindakan menampilkan hero baharu iaitu anak sulung, Muhammad, 8, dalam filem Remp-It 2 secara tidak langsung menunjukkan saya boleh meninggalkan legasi kepada anak dalam bidang seni,” ungkapnya.

Drama Masih Ada Rindu yang bakal bersiaran di slot Akasia TV3, jam 7 malam ini menyaksikan kemunculan semula Farid ke layar kaca selepas empat tahun.

Drama arahan Osman Ali itu turut dibintangi Mimi Lana, Dayang Areeda, Halim Radzi, Fahmy Reza dan Aishah Ilias.

Farid Kamil berdoa ‘sejarah hit4m’ tak akan berulang

Pelakon Farid Kamil, 40, yang disabitkan kes4ahan menggunakan kekerasan jen4yah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas dua tahun lalu menyerahkan perjalanan karier seninya pada ketentuan Allah.

Farid berkata, Allah lebih mengetahui baik b.uruk dan apa seterusnya yang akan terjadi kepadanya.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur selepas pengalaman-pengalaman yang saya alami, secara tidak langsung memberi kematangan dalam hidup saya. Ia juga memberi satu rahmat berbeza yang tidak pernah saya rasa sebelum ini.

“Saya tidak pernah rasa takut untuk hidup. Saya tidak pernah rasa malu kerana saya tahu di mana saya berdiri. Kebenaran juga pasti akan wujud,” katanya

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *