Uncategorized

Ramai kata nak t4mat PKP, sekali PM cakap sekarang ini kita tak sebut PKP

KUALA LUMPUR: Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, ketiga-tiga indikator itu ialah meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi.

“Saya nak jelaskan sebab ada yang tidak berapa faham, bahawa mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sebagainya, tetapi mulai sekarang ini kita tak sebut PKP, kita sebut kita berada di fasa.

“Sekarang ini ialah fasa pertama dan fasa pertama ini sampai Julai, mungkin pertengahan dan sebagainya, jadi bukan kita kira 28 Jun, ada silap,” kata Perdana Menteri selepas melawat Pusat

Pemberian V4ksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini pada Ahad.

Jelas Perdana Menteri lagi, fasa pertama ini akan terus dilaksanakan sehingga kerajaan mencapai nilai ambang yang ditetapkan.

“Kita masih di fasa pertama dan fasa pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencec4h nilai ambang.

“Ia termasuk kes di bawah 4,000, kes di ICU sudah turun dari paras tenat dan masalah vaksinasi yang akan ditingkatkan,” katanya.

Perdana Menteri menambah, peralihan fasa-fasa tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dapat dipatuhi.

Tegas Muhyiddin lagi, dalam masa sama, langkah-langkah untuk kawalan kepada masalah penyakit dan wabak masih berterusan.

“Umpamanya, di Selangor kita beri perhatian khusus kerana Selangor dilihat terkesan besar kerana kes-kesnya lebih 1,000, semalam 2,000 dan sebagainya.

“Jadi, sebab itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan (Menteri Kanan Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah umumkan kawasan-kawasan di Selangor akan diberikan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) yang lebih ketat di kawasan-kawasan yang diumumkan.

“Kenapa begitu, antara kes yang banyak berlaku ialah di Selangor seperti tempat kerja, kediaman ataupun dalam komuniti. Banyak telah berlaku begitu, kalau kita nak menurunkan kadar kes ini kita perlu memberi perhatian dalam kawasan-kawasan sebegini,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, beberapa langkah susulan lain dijangka dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kes di seluruh negara dapat diturunkan.

Melalui PPN, kriteria peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 adalah kes harian C0VID-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap sederhana; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Peralihan ke Fasa ketiga pula akan berlangsung selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti ICU mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh.

Ia dijangka dapat dicapai pada bulan September.

Manakala, Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP hanya dilakukan setelah purata kes harian C0VID-19 menurun ke paras bawah 500 kes.

4 fasa Pelan Pemu.lihan Negara, 3 indikator utama jadi panduan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Ujar beliau, setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ ataupun ‘threshold’ untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

“Indikator pertama ialah keadaan penularan C0VID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.

Indikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

“Indikator ketiga ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntik4n v4ksin,” ujar beliau.

Muhyiddin berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri bertajuk Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan fasa pertama: Pelaksanaan PKP Menyeluruh – yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes C0VID-19 adalah tinggi, sistem kesihatan awam di tahap kritikal dan kadar pencapaian v4ksinasi yang masih rendah.

“Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah purata kes harian C0VID-19 menurun di bawah 4,000 kes.

“Antara lain sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata peralihan Fasa Pertama kepada Fasa Kedua PKP hanya akan dilakukan setelah purata kes harian C0VID-19 menurun di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

“Semasa Fasa 2, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis; pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.

“Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor; dan aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan,” katanya.

Sementara untuk memastikan peralihan Fasa Kedua kepada Fasa Ketiga PKP, beberapa indikator perlu dipenuhi iaitu purata kes harian C0VID-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes; sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntik4n v4ksin.

Semasa Fasa Ketiga, semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan j4ngkitan C0VID-19 atau melibatkan keramaian.

Selain itu, sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua; dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat, termasuk pembukaan semula Parlimen.

Tunggu Kes Harian Bawah 500 kes

Menurut beliau, peralihan Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP hanya dilakukan setelah purata kes harian C0VID-19 menurun ke paras bawah 500 kes.

“Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi dan 60 peratus p0pulasi negara ini telah menerima dua dos suntik4n v4ksin,” katanya.

Jelas Muhyiddin, Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana rakyat seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

Selain itu, semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *