Hiburan

“Semua Dah Nak Terlingkvp!” – Ini Permintaan Hattan Kepada Keraj4an

Penyanyi legenda Datuk Hattan merayu supaya pihak kerajaan mempertimbangkan pemberian moratorium secara automatik terutama kepada rakyat yang terjejas akib.at wab4k C0vid-19.

Menurut laporan Kosmo! Online, beliau meluahkan rasa bimbang kerana kes jangkitan harian masih melebihi 4,000 dan berkemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan.

“Assalamualaikum. Apa khabar semua? Kes masih melebihi 4,000. Maknanya PKP akan berpanjangan. Jadi sekarang ini macam mana? Sebab ramai rakyat marhaen mengadu mereka dah nak terlingkup.

“Tolonglah beri mereka moratorium secara automatik sebab tak terdaya nak meneruskan hidup. Ada yang tidak bekerja, ada yang kerja gaji setengah bulan,” katanya.

Luahan tersebut dikongsi penyanyi berusia 57 tahun itu semalam, menerusi sebuah video di laman Instagram selepas menyedari ramai orang terutama warganet mengadu tentang kesempitan hidup mereka.

Selain itu, Hattan turut memberi contoh pekerja di pusat membeli-belah yang tidak dapat melaksanakan kerja lebih masa (over time) akib.at ditutup sepanjang PKP 3.0.

“Pekerja kompleks membeli-belah mengharapkan kerja lebih masa untuk mendapatkan wang lebih. Tapi sekarang sudah terjej.as,” ujarnya.

Penyanyi lagu Memburu Rindu itu juga berharap morat0rium dapat diberikan kepada penggiat seni yang turut terkesan seperti orang lain.

“Semua dah nak terlingkup dah. Peniaga kecil buka sampai pukul 8 malam. Biarlah mereka berniaga sampai pukul 10 malam.
“Kerajaan tolonglah kami. Kalau pasar raya besar pun boleh meraung, bagaimana nasib peniaga kecil?” luahnya.
Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Instagram Hattan

Kerajaan digesa laksana moratorium automatik hingga Disember

SHAH ALAM – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam menggesa kerajaan melaksanakan moratorium automatik dan tanpa syarat ke atas semua jenis pinjaman sehingga hujung Disember ini atau sehingga negara berjaya mencapai imuniti kelompok.

Koordinator Gabungan NGO Melayu dan Islam, Ahmad Yazid Othman berkata, moratorium tersebut merupakan langkah minimum yang perlu dilakukan kerajaan dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, kerajaan perlu memperluaskan moratorium pinjaman tersebut termasuk sektor peminjam berlesen dan penjualan secara kredit atau segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) selama tempoh moratorium tersebut berkuat kuasa.

“Selain moratorium pinjaman automatik ini, kerajaan juga perlu melaksanakan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.

“Pemberian subsidi upah untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sekurang-kurangnya enam bulan tanpa potongan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Membenarkan penangguhan bayaran sewa kepada semua bentuk premis sehingga enam bulan selepas tempoh moratorium berakhir,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahmad Yazid berkata, kerajaan juga perlu melaksanakan pembekuan pembayaran atau pengecualian bayaran caj utiliti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama enam bulan kepada PMKS.

Tambah beliau, cadangan lain termasuk memperkenalkan Waktu Anjal Bekerja (WAB) ke dalam Akta Pekerjaan 1950 dan menggunakan kuasa darurat untuk mengarahkan syarikat-syarikat perbankan melonggarkan syarat kewangan mereka.

“Kerajaan juga harus memastikan kesemua dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bank dan pusat zakat dapat digunakan sebaiknya agar tiada rakyat menderita kelaparan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain itu, menyediakan dana pusingan sekurang-kurangnya RM8 bilion untuk pemulihan dan pembangunan PMKS yang akan dikendalikan secara bersama oleh Kementerian Kewangan dan NGO Ekonomi Melayu Perdana,” katanya.

Justeru, Ahmad Yazid berkata, pihaknya yakin dengan saranan moratorium automatik dan tambahan cadangan yang diberikan, Pelan Pemulihan Covid-19 akan menjadi lebih berkesan.

sumber: samsonstudios, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *