Uncategorized

Sultan Selangor dukacita tanah kvbur hanya utamakan jen4zah kariah, pengurusan Masjid Gombak Utara tampil buat penjelasan

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak pengurusan sesetengah tanah perkuburan yang mengenakan syarat-syarat yang tidak berlandaskan hukum bagi urusan pengebumian.

Perkata itu disampaikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mStar pada Khamis bagi mendapatkan maklum balas mengenai dakwaan ada sesetengah tanah kubur di negeri berkenaan hanya mengutamakan ahli kariah dan pesakit bukan C0vid-19.

“Tuanku sangat tidak berkenan terutama sekali dalam keadaan sekarang (penul4ran C0vid-19), masih ada yang nak tentukan syarat ahli kariah atau mesti peny4kit biasa. Ini memang tak boleh,” katanya.

Menurut Shahzihan tidak ada undang-undang yang mengatakan bahawa sesuatu tanah perkuburan itu perlu diutamakan kepada ahli kariah.

“Di mana m4ti dan bila kita m4ti itu rah.sia. Dan syarat (pengurusan) jen4zah adalah ianya mesti disegerakan,” tambahnya.

Tuanku sangat tidak berkenan terutama sekali dalam keadaan sekarang (penularan C0vid-19), masih ada yang nak tentukan syarat ahli kariah atau mesti penyakit biasa. Ini memang tak boleh

Baru-baru ini, mStar melaporkan isu kelewatan pengebumian jen4zah pes4kit C0vid-19 di Lembah Klang yang berlaku disebabkan penetapan kuota yang terhad bagi urusan pengebumian jenazah pes4kit c0vid-19.

Tidak ada undang-undang mengatakan tanah perkuburan perlu mengutamakan ahli kariah – gambar hiasan foto SPJM

Sesetengah tanah perkuburan juga didakwa memilih untuk mengutamakan ahli kariahnya hingga mengakibatkan jenazah pesakit C0vid-19 hanya dapat dikebumikan selepas lebih 24 jam.

Bercakap kepada mStar, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid mendakwa sesetengah tanah perkuburan mengehadkan hanya 10 jenazah untuk dikebumikan setiap hari di mana tiga daripadanya melibatkan kes Covid-19.

Selain itu pihaknya juga terpaksa akur dengan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh lockdown yang hanya membenarkan urusan pengebumian dilakukan sehingga pukul 5 petang.

Pengurusan Masjid Gombak Utara buat keputusan ‘bersyarat’ – “Bukan menyulitkan, tapi lebih teratur”

MINGGU ini hangat diperkatakan mengenai pengebumian jenazah seorang pesakit Covid-19 yang terpaksa ditangguhkan selama lebih 24 jam berikutan isu urusan pengebumian jenazah.

Dalam insiden itu, jenazah berkenaan akhirnya dikebumikan selepas Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) membuat permohonan pengebumian di enam tanah perkuburan, iaitu lima di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Terdahulu, mStar melaporkan bahawa penolakan jenazah tersebut disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kuota jen4zah telah penuh, jen4zah luar kariah dan waktu pengurusan yang terhad.

Susulan insiden yang berlaku sehingga menarik perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pihak pengurusan Masjid Gombak Utara yang menyelia Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu di Gombak, Selangor, yang menempatkan jen4zah pes4kit Covid-19 berkenaan tampil memberi penjelasan lanjut.

Nazir Masjid Gombak Utara, Ab Razak Ab Majid berkata, pada dasarnya, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menguruskan mana-mana jenazah sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

“Pihak kami tidak ada masalah untuk menerima sebarang jenazah untuk dikebumikan macam sebelum ini. Cuma kita mahu ia lebih terkawal.

“Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu terus menghubungi penggali kubur, sebaliknya biarlah berurusan dengan pihak masjid. Penggali kubur bukanlah orang mentadbir tanah kubur.

“Jika mereka berhubung terus dengan penggali kubur, sukar untuk kita merekod kem4tian, mendapatkan pengesahan kematian dan sebagainya,” katanya kepada mStar.

Sehubungan itu, Ab Razak berkata, satu mesyuarat di bahagian pengurusan Masjid Gombak Utara telah diadakan dan sebulat suara menetapkan keputusan bagi kelancaran pengurusan jen4zah pada masa akan datang, khususnya jenazah di luar kariah.

Tambah beliau, pendekatan itu juga bagi memastikan pengurusan jenazah dilakukan secara baik dan telus.

“Kita nak ia dilakukan melalui saluran yang betul untuk tujuan rekod kematian, maknanya jenazah itu dari mana, siapa waris dia. Kita tak nak perkara-perkara ini tidak jelas.

“Jika permohonan jenazah di luar kariah dibuat dengan pihak pengurusan masjid, tak ada masalah sebenarnya. Seperti kes jenazah pesakit C0vid-19, perlu ada pengesahan daripada hospital atau arahan pihak berkuasa… hantar menerusi WhatsApp pun dah cukup bagi kami untuk menguruskannya,” katanya.

“Sama ada waris atau badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah, mereka mesti mendapat arahan daripada pihak berkuasa sama ada pihak hospital, polis mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi, kita telah buat keputusan sekiranya mana-mana yang tidak melalui pihak pengurusan masjid, maka kita tidak akan benarkan kebumi jenazah di Tanah Perkuburan Jalan Sungai Pusu.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat kebimbangan dalam kalangan ahli kariah sejak kebelakangan ini berikutan semakin banyak jen4zah dari luar terutama jen4zah pes4kit C0vid-19 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sangai Pusu.

“Biasalah tu, tapi kita kena menjalankan tanggungjawab secara profesional. Kita ada pentadbir yang lebih atas iaitu Jais dan jabatan agama islam daerah,

Jika permohonan jenazah di luar kariah dibuat dengan pihak pengurusan masjid, tak ada masalah sebenarnya. Seperti kes jen4zah pesakit C0vid-19, perlu pengesahan daripada hospital atau arahan pihak berkuasa

“Jika kita dah merujuk kepada pentadbir dan tak ada masalah, kenapa kita perlu halang? Dalam tempoh dua minggu ini, kita dah uruskan 12 jen4zah pesakit C0vid-19 di Tanah Perku.buran Islam Jalan Sungai Pusu.

“Kita bukan mahu menyulitkan, tapi mahu pengurusan jenazah lebih teratur demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Ketua Khairat Kematian di Masjid Gombak Utara, Hanif Hawari mengakui pada awalnya pihaknya terpaksa menolak jenazah seorang pes4kit C0vid-19 atas sebab di luar kariah, tetapi tidak timbul isu kuota jen4zah pes4kit C0vid-19 untuk dikeb.umikan.

“Sebelum ini banyak jenazah pesakit C0vid-19 dikebumikan di sini, tanpa mengira asal mereka, cuma timbul kebimbangan ahli kariah dan penduduk setempat berikutan jumlah jenazah luar semakin banyak berikutan peningkatan kes kem4tian C0vid-19 sejak awal tahun.

“Kami minta SPJM untuk cari kubur lain dulu di Selangor sebelum kami terima jenazah berkenaan untuk dikebumikan keesokkan hari, di liang lahad yang sebelum ini ditempah oleh seorang waris jenazah kariah tetapi kemudian waris berkenaan tidak meneruskan hasratnya, mungkin jenazah dikebumikan di kubur lain,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *