Uncategorized

3 hari tutup telefon selepas digelar m4ndul . Terkini Elizad kembali kongsi satu berita gembira

SELEPAS tiga hari mendiamkan diri berikutan isu dihi.na m4ndul, pelakon Siti Elizad akhirnya kembali dengan keadaan ceria berserta aura p0sitif.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, mengaku bukan mudah melupakan apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

“Selepas tiga hari tanpa telefon, saya kembali dengan kehidupan yang p0sitif. Ceria seperti selalu. Terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan doa.

Elizad kongsi perkara itu di Instastory miliknya.

“Maaf untuk keluarga jauh dan dekat, kawan-kawan serta mereka yang saya tak jawab panggilan atau WhatsApp. Harap anda semua memahami, bukan mudah untuk saya dan keluarga melalui perkara ini.

“Sesuatu yang bukan mudah untuk maafkan dan melupakan. Rahmat di sebalik ujian,” kata Elizad.

Pada Rabu lalu, Elizad membuat lap0ran polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghin4nya kerana mempunyai masalah g4ngguan kesu.buran.

Menurut Elizad dia cukup terkesan apabila dituduh sebagai mandul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zuriat belum dimakbulkan.

Bersihkan hati, berlapang dada… Allah berikan rezeki berganda-ganda.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Bila Cupid Jatuh Cinta ini memberitahu dia tidak dapat menerima orang yang membenci seseorang tanpa sebab.

Sama seperti orang lain yang bekerja keras, Elizad berkata dia menjejak kaki ke dalam industri seni hanya untuk mencari rezeki.

“Tak boleh terima dengan orang yang sangat mudah tak suka orang tanpa sebab. Saya datang dalam industri ini sebab nak cari rezeki. Allah beri kelebihan kat sini.

“Tak kacau orang pun. Berlakon, buat hosting, jadi penyampai radio. Andai kata tak suka, tiada paksaan pun. Masing-masing ada pilihan. Boleh komen dan kritik, janganlah sampai menghi.na.

Sebelum ini, Elizad kongsi status individu yang menghinanya.

“Kita ini semua sama saja, tak ada beza. Saya pun macam orang lain, pergi kerja, balik kerja, cari rezeki, bekerja keras dari muda sebab nak gembirkan orang tua.

“Pergi pasar, lepak gerai, tak ada langsung rasa nak p0yo-p0yo. Bersihkan hati, berlapang dada… Allah berikan rezeki berganda-ganda. Have a good heart,” ujarnya.

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani rawatan kesubu.ran perseny4waan in-vitro (IVF) pada November tahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Pelakon drama bersiri Jalan Ses4t Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Siti Elizad akan s4man, jejak pengguna Facebook Zain Rashdan

Kuala Lumpur: Pelakon Siti Elizad bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook yang menulis komen berbaur penghinaan dengan menggelar pelakon itu mandul, kelmarin.

Peguamnya, Faiz Mohd Iskandar Hamzah dari Tetuan Arief & Iskandar ketika dihubungi berkata, pihaknya kini dalam proses mendapatkan identiti sebenar individu itu yang menggunakan nama Zain Rashdan.

“Berkenaan kes ini, Elizad sudah membuat laporan polis dan juga sudah membuat aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Pada masa sama kami juga mencari kemungkinan untuk mengambil tindakan sivil di mahkamah terhadap pengguna Facebook itu dan kini kami berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai individu terbabit. Akaun itu juga sudah dipadamkan.

“Sebaik saja pemilik akaun itu dikenal pasti, kita akan pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Pada masa sama kita percaya pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang sudah dibuat,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elizad yang juga penyampai radio Sinar FM membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil berhubung tindakan pemilik akaun itu.

Elizad dalam hantaran dimuat naik kelmarin iaitu selepas laporan dibuat berkata, tindakan individu itu adalah keterlaluan dan biadab.

Elizad menyifatkan komen dan status dimuat naik pemilik akaun itu terlalu menyakitkan buat dirinya dan sukar diterima.

Tindakan Elizad muat naik komen itu dan langkah yang diambil mendapat sokongan dalam kalangan warganet dan rakan artis.

sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *