Amalan

Wanita ini ajar satu doa kerana suka shopping. Sekali netizan tag Ustazah Asma

TABIAT membeli-belah secara online sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat. Ia semakin berkembang dengan pantas selari dengan kemudahan edagang yang disediakan.

Tahun lalu merupakan tahun kemajuan besar bagi e-dagang apabila rakyat Malaysia didorong mengutamakan perbelanjaan dalam talian (online) untuk pelbagai pembelian termasuklah barangan berjenama dan premium.

Perkembangan itu juga mungkin disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan beberapa barang tidak boleh dibeli di luar dan orang ramai menggunakan perkhidmatan kurier untuk membeli barang secara online.

Namun apa yang menarik seorang wanita ada berkongsikan doa bagi murah rezeki kerana beliau suka membeli belah dengan niat untuk membantu para peniaga menjadi kaya

Status tersebut terus tular sehingga netizan meminta pandangan dari beberapa tokoh pendakwah  berkenaan doa seperti itu. Ustazah Asma telah tampil meninggalkan komen di post tersebut dan memuat naik satu status menjelaskannya secara ringkas

TERIMA KASIH TAG SAYA. LALU SAYA JAWAB SECARA RINGKAS PADA COMMENT, SILA BACA POSTER DIBAWAH UNTUK FAHAM ISU

Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

Dan banyak lagi doa, zikir dan amalan yang boleh diamalkan untuk mendapat kemurahan rezeki daripada Allah SWT.

Kembali kepada isu diatas,

Jika penulis / yang berdoa membeli dengan niat benar-benar nak membantu, samada beliau memerlukan ataupun dia tak memerlukan pun barang atau makanan tersebut, lalu dia berikan hadiah kepada orang lain yang dikira akan memanfaatkannya, atau apa² tujuan kebaikan, maka ia sangatlah terpuji dan bukanlah membazir.

Seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

Kita tunaikan hajat penjual dan hajat yang diberi hadiah. Mudahan Allah tunaikan hajat kita dunia dan Akhirat..

Namun, Jika meminta kepada Allah swt kerana kehendak semata-mata / keinginan nafsu, sedangkan yang menjual bukanlah orang yang memerlukan, yang membeli juga bukan untuk keperluan, akhirnya jadi pembaziran/boros, maka membazir/boros itu perbuatan yang dimurkai Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau.

Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Surah al-Israa’ 17 : 26-27

Sahabat semua,

Berdoalah kepada Allah dengan tawaduk merendah diri dan penuh Adab ketika meminta. Jauhkan daripada sikap mempermainkan doa, Allah Maha mengetahui apa sebenarnya yang terkandung di dalam hati kita, FirmanNya :

يَعْلَمُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّوْنَ وَمَا تُعْلِنُوْنَۗ وَاللّٰهُ عَلِيْمٌ ۢبِذَاتِ الصُّدُوْرِ

Terjemahan

“Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati”

Ukuran berbelanja / boros / membazir itu berbeza mengikut ukuran rezeki masing-masing. Tidak boleh buat perbandingan, ada beza antara rezeki 5k dengan 50k, dengan 500k dll. Begitu juga ukuran kehendak dan keperluan juga berbeza. Jangan semudahnya mengatakan orang itu orang ini membazir. Yang ni panjang pula ceritanya, lain waktu.

Saya bimbang, jika kita melayan kehendak nafsu, sebab ada yang addicted shopping, lalu dilapik dengan ayat membantu peniaga, maka bimbang itu hanyalah alasan yanh boleh bawa mudharat

Dunia dan Akhriat.

*Awal² pagi terbaca komen ni, moga bermanfaat, mohon maaf, jika ada yang salah faham, mohon baca beberapa kali.

ASMA’ BINTI HARUN

Melalui di ruangan komen, wanita tersebut tampil menjelaskan kenapa dia doa seperti itu

“Assalamualaikum ustazah. Terima kasih kerana sudi memberi komen tentang doa saya di atas. Saya tak sangka doa saya mendapat perhatian ramai. Menjadi kebiasaan saya selalu berdoa untuk Allah murahkan lagi rezeki saya. Saya memang suka membeli sambil niat ingin membantu. Lebih-lebih lagi kawan terdekat. Membeli barang yang bukan keperluan saya memang tidak pernah lagi saya praktikkan. Saya adalah seorang yang suka menyalurkan duit ke arah sebegini. Semoga orang lain yang membaca tidak rasakan saya bongkak dan menunjuk-nunjuk. Alhamdulillah posting ustazah menimbulkan satu rasa supaya saya akan lebih berhati-hati dalam menulis di sosial media supaya tidak mendatangkan fitnah. Semoga rezeki kita datang dari sumber berkat. Semoga Allah keluarkan rezeki untuk saya dan semua makhluk dengan banyak tidak habis habis. InsyaAllah”

sumber: Ustazah Asma’ Harun

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *